Banjir Texas: Tular Arus Deras Sungai Guadalupe ‘Sapu’ Tapak Perkhemahan
Bencana alam seperti banjir kilat sentiasa mengingatkan kita betapa kuatnya kuasa alam yang mampu memusnahkan segalanya dalam sekelip mata.
Di saat ramai sedang menyambut Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, satu tragedi menyayat hati telah berlaku di Texas.
Kejadiannya yang terjadi begitu pantas tanpa amaran awal itu menyebabkan banyak nyawa terkorban dan harta benda yang musnah.
Menurut The Weather Channel, arus air setinggi 26 kaki, iaitu lebih 8 meter, telah melanda Texas dalam tempoh kurang dua jam.
Detik-detik bencana ini yang dirakamkan dan dimuat naik ke dalam media sosial menunjukkan betapa teruknya situasi banjir kilat terbabit.
Dalam waktu yang singkat, Sungai Guadalupe dipenuhi dengan arus air deras yang ‘menelan’ kawasan tapak perkhemahan.
Detik ini ada dikongsi oleh NBC News dalam video yang berdurasi selama 35 saat.
Digesa untuk tinggalkan tapak perkhemahan segera
Selain itu, seorang pengguna di media sosial TikTok berkongsi video detik-detik paras air Sungai Guadalupe meningkat pada 4 Julai, jam 5:40 pagi.
Dalam keadaan awal pagi yang gelap itu, mereka dikejutkan apabila mendengar ketukan dari pintu kenderaan rekreasi (RV) mereka yang menggesa mereka beredar.
“Kejutan yang menakutkan. Ketukan di pintu khemah (RV) kami menggesa kami keluar sekarang. Sungai Guadalupe naik dengan cepat akibat banjir kilat,” tulisnya di dalam perkongsian.
Demi menyelamatkan keluarga, mereka sedia untuk meninggalkan sahaja RV di tapak perkhemahan dan ingin keluar menaiki kereta, hanya membawa barangan penting.
Tetapi akhirnya mereka masih sempat keluar bersama RV, dan tapak perkhemahan mereka ditenggelami tidak lama selepas itu.
@hillcountrycampers Guadalupe River Flash Flood 📍Kerrville, Texas July 4, 2025 I was up all night keeping an eye on weather alerts. 2am, I saw a flash flood warning on my weather app. The river was a good distance from our site, so we thought we would be fine. We didn’t think there was any way the river would even get close to our campsites with the distance. At about 5:30am, we heard banging on our RV door, yelling for us to get out now. The Guadalupe River had risen rapidly. We got the kids in the truck and were prepared to leave our camper behind if need be. We were able to hook up our camper and get it out too. The river was up to the back of our campsite when we left. The river was raging and you could hear trees and objects breaking. It was a very scary situation, but we are very blessed by the workers at the park for waking people up and getting us out of there. Praying for everyone affected by the flooding. It is absolutely heartbreaking and devastating. Praying for those missing and their families. 🙏 Thank you to the first responders, and prayers for their safety! We have learned first hand that flash floods can happen quickly. Please be aware, be prepared, and be safe. 🫶 #guadaluperiver #kerrvilletx #kerrvilleflood #guadaluperiverflood
Penyebab banjir kilat di Sungai Guadalupe
Menurut The Weather Channel, bencana ini mempunyai kaitan langsung dengan fenomena tropika di kawasan tersebut.
Pada akhir Jun, Ribut Tropika Barry melanda kawasan pantai dengan membawa lembapan yang banyak dari Teluk Mexico.
Lambapan tersebut kemudian bergerak ke utara dan bertembung pula dengan sistem ribut kecil dari Mexico, menyebabkan sistem cuaca tidak stabil.
Sistem ini kemudiannya berhenti bergerak (stalled) di kawasan Texas Hill Country dan terus-menerus mencurahkan hujan di lokasi yang sama.
Hujan yang berulang ini mengumpul taburan antara dua hingga empat inci sejam. Kadar yang cukup tinggi untuk mencetuskan banjir kilat.
Sejak 2 Julai, hujan yang turun di kawasan tersebut dianggarkan sehingga 20 inci iaitu lebih dari 5o sentimeter.
Air hujan yang kini mengalir melalui sistem sungai ini dijangka akan terus menyebabkan kenaikan paras air dalam beberapa hari akan datang.
Terdahulu, jumlah kematian dari banjir kilat tersebut dilaporkan sebanyak 43 orang, dan 15 daripadanya adalah kanak-kanak.
Malah, lima kanak-kanak dan 12 dewasa daripada jumlah kematian itu masih belum dikenal pasti identiti mereka.
Setakat ini, usaha menyelamat masih lagi sedang dijalankan di Sungai Guadalupe untuk mencari 27 kanak-kanak dari Kem Mystic yang hilang.
BACA: Sekurang-kurangnya 43 Maut, Termasuk 15 Kanak-Kanak Dalam Banjir Kilat Di Texas
BACA: Banjir Kilat Texas: 27 Kanak-Kanak Di Kem Musim Panas Masih Hilang
BACA: Cemas Anak Sesak Nafas, Wanita Puji Tindakan Pantas Kru AirAsia
Sumber: NBC News, @hillcountrycampers via TikTok, The Weather Channel