Siakap Keli
lelaki maut tercampak parit
Gambar: Bomba

Lelaki Maut Tercampak Dalam Parit Babit Kemalangan Dua Motosikal

Lelaki Maut Tercampak Dalam Parit Babit Kemalangan Dua Motosikal

BAGAN SERAI — Seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal maut selepas tercampak ke dalam parit disyaki bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Parit Buntar ke Sungai Bogak, lapor Astro AWANI.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 7.08 pagi.

Sewaktu tiba di lokasi berkenaan, mangsa, 58, disahkan maut ditempat kejadian, manakala seorang lagi mengalami cedera.

“Berlaku kemalangan melibatkan dua buah motosikal iaitu sebuah jenis Yamaha LC bertembung dengan motosikal Honda EX5.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati seorang mangsa lelaki berusia 58 tahun yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC telah tercampak ke dalam parit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Manakala mangsa lelaki berusia 44 tahun yang menaiki motosikal jenis EX5 cedera ringan,” maklumnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk proses selanjutnya dan individu yang cedera dihantar ke Hospital Parit Buntar dengan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Enam Beranak Maut: Anak Sulung Mimpi Ayah Pesan Jangan Sedih

BACA: Amerika Syarikat Kenakan Tarif 25 Peratus Ke Atas Semua Produk Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.