Selepas Dua Bulan, Lelaki Kongsi Pengalaman Guna Kereta EV
Kenderaan Elektrik atau Electric Vehicle (EV) kini menjadi salah satu pilihan pengguna dalam dunia automotif.
Berbanding dengan kenderaan yang menggunakan bahan bakar petrol, kereta ini bukan sahaja mesra alam namun rata-rata kenderaan EV hadir dengan rupa paras yang lebih realistik.
Namun, sejauh mana kenderaan ini mendapat tempat di hati rakyat, khusus dalam aspek bil elektrik, memandang ia menggunakan sistem pengecasan elektrik.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan pengalaman seorang pengguna EV selepas menggunakannya selama dua bulan di bawah.
Pemuda Kongsi Pengalaman Guna Kereta EV
Setelah 2 bulan setengah pakai kereta EV, sekarang saya nak kongsi pengalaman dan kelebihan jika korang beli kereta EV sekarang.
Sebelum beli kereta EV, korang kena pastikan korang duduk rumah landed dan bil TNB bawah RM200 sebulan baru lah berbaloi.
Saya beli Proton Emas Premium, harga RM123,000 siap dapat cash rebate RM4,000. Beli kereta EV dengan proton dapat percuma wallbox charger. Hanya perlu bayar upah pasang dalam RM1,100.
Setiap bulan kereta saya jalan hampir 3,900km (boleh tengok gambar mileage kereta saya sebagai bukti) dan saya memang hanya gunakan wallbox charger di rumah untuk caj kereta. Biasanya saya akan caj 2 hari sekali pada waktu malam. Bateri akan penuh dalam masa 5-6 jam, bangun pagi baru saya cabut wall charger.
Rumah saya memang dah pasang solar, jadi purata bil sebelum ini dalam RM70-RM100 sebulan. Bulan lepas saya hanya caj kereta guna wallbox charger, jadi bil TNB meningkat menjadi RmM416. Jadi kalau tolak bil sebelum guna EV, kos caj adalah lebih kurang RM316 sebulan.
Sebelum ini saya pakai honda HRV dan saya spend hampir RM850 sebulan untuk petrol. Sekarang kos caj hanya RM316 sebulan.
RM850 – RM316 = RM534
Jumlah saya jimat hampir RM534, tak termasuk jimat pada servis minyak hitam lagi. Dulu saya kena servis kereta hampir 3 kali setahun, kos mencecah RM1200. Tapi bila pakai EV, servis hanya setahun sekali dan kos hanya RM250.
Alhamdulillah, mengikut kiraan formula rapizi, saya dapat jimat hampir RM7,350 dalam setahun. Mungkin nilai penjimatan ini nampak kecil, tapi pada sesetengah orang mungkin banyak.
Saya pernah bawa kereta EV ke Johor Bahru, perlu stop di Pagoh dalam setengah jam untuk topup bateri untuk sampai tanpa ada perasaan anxiety. Haha.
Jadi saya syorkan kereta EV ini memang sesuai untuk kegunaan dalam bandar atau dekat rumah saja. Sebab setiap dua hari boleh caj dekat rumah.
Pasal kos bateri EV mahal, berdasarkan data ia boleh tahan hampir 1 juta km atau 50 tahun.
Sesiapa bil TNB yang lebih Rm400 keatas, saya syorkan pasang solar panel dulu.
https://www.facebook.com/hasrulazuan.hussin/posts/pfbid02PHSQebfJRpEREsD3BHyMkjfjCQ5yPcz7eGd5TDYaQDaa4DozRcJAxD4eY2zpChBXl?rdid=46iyZ2DhFAU212wC#
Sumber: Facebook Azuan Hussin