Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Teknik Lipatan KonMari: Baju Kemas, Ruang Berganda

suhaila
Teknik Lipatan KonMari: Baju Kemas, Ruang Berganda
Gambar AI

Teknik Lipatan KonMari: Baju Kemas, Ruang Berganda

Pernah tak anda terfikir kenapa setiap kali lipat baju, almari tetap nampak bersepah? Atau bila packing beg untuk travel, rasa beg pecah perut walaupun barang tak seberapa?

Sebenarnya, masalah ini bukan sebab baju terlalu banyak tetapi cara lipat yang salah. Sebab itu ramai yang kini jatuh hati dengan Teknik Lipat Baju KonMari iaitu seni lipatan dari Jepun yang mampu jadikan almari sentiasa kemas, beg sentiasa ringan dan ruang berganda.

Teknik ini diperkenalkan oleh Marie Kondo, ikon susun atur rumah dari Jepun yang terkenal dengan prinsip ‘Spark Joy’. Bagi Marie Kondo, setiap barang yang kita simpan perlu mendatangkan kegembiraan.

Kalau tidak, biarkan ia pergi. Dan salah satu senjata rahsianya ialah cara melipat baju yang bukan sahaja cantik tetapi sangat praktikal.

Apa itu Lipatan KonMari?

KonMari Method menekankan cara susun baju supaya setiap helai dilipat menjadi blok segi empat padat yang boleh berdiri menegak.

Teknik ini membolehkan kita menyusun baju secara vertikal bukan ditindih macam cara lipat biasa. Bila buka laci atau almari, semua baju jelas kelihatan. Tak ada lagi insiden baju hilang tertimbus di bawah timbunan.

Selain di rumah, teknik ini sangat berguna untuk backpacker atau sesiapa yang suka travel ringan. Sebab bila beg disusun cantik, masa cari baju pun jimat. Tak perlu keluarkan semua baju semata-mata nak capai sehelai t-shirt di bawah.

BACA : Bil Melambung? Ini 10 Cara Bijak Jimat Elektrik Rumah Anda

Cara lipat baju KonMari – Langkah demi langkah

Untuk anda mula, ini panduan ringkas lipat baju lengan pendek, lengan panjang, dan seluar panjang.

1. Baju lengan pendek (T-Shirt)

  • Bentangkan t-shirt atas permukaan rata.

  • Lipat bahu kiri ke dalam hingga baju jadi segi empat memanjang. Ulang pada bahu kanan. Lengan pendek automatik akan terlipat kemas ke dalam.

  • Lipat hujung bawah baju ke atas 2 atau 3 kali hingga jadi blok segi empat.

  • Cuba tegakkan. Kalau baju boleh berdiri menegak, lipatan dah betul.

Tip: Untuk kain nipis, lipat lebih banyak kali supaya tapak lebih kukuh.

2. Baju lengan panjang (Kemeja, Blouse)

  • Bentangkan baju, ratakan kolar dan lengan.

  • Lipat bahu kiri & lengan ke dalam, luruskan lengan ke bawah sepanjang badan baju.

  • Lipat hujung lengan ke arah sisi baju supaya tak terkeluar dari bentuk segi empat. Ulang langkah sama pada bahu & lengan kanan.

  • Dari bawah, lipat ke atas beberapa kali sehingga terbentuk blok padat.

  • Tegakkan. Jika jatuh, kemaskan lipatan.

Tip: Untuk kemeja formal, butangkan butang dulu supaya bentuk baju kekal.

3. Seluar panjang (Jeans, Slack, Legging)

  • Lipat seluar jadi separuh, letakkan kaki kiri di atas kaki kanan, pastikan hujung sama rata.

  • Kalau seluar panjang, lipat sedikit bahagian pinggang ke bawah supaya panjangnya lebih pendek dan padat.

  • Lipat kaki seluar ke arah pinggang beberapa kali hingga jadi segi empat.

  • Pastikan blok lipatan boleh berdiri sendiri. Ini tanda lipatan kukuh.

Tip: Untuk seluar tebal seperti jeans, lipat kemas di bahagian pinggang supaya tak makan ruang.

Sebagai tambahan, ada beberapa cara mudah untuk memastikan almari anda kekal teratur sepanjang masa. Asingkan pakaian mengikut kategori.

Contohnya baju kerja, baju harian dan baju tidur supaya lebih mudah dicapai setiap kali hendak dipakai. Untuk barangan kecil seperti pakaian dalam atau aksesori, gunakan laci bersekat atau kotak penyusun supaya tidak bercampur dan bersepah.

Jangan lupa untuk membuat aktiviti declutter sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Pisahkan pakaian yang jarang dipakai dan dermakan kepada yang memerlukan. Bagi baju tebal atau pakaian musim sejuk, simpan di dalam beg vacuum supaya lebih padat, bebas habuk dan jimat ruang.

Dengan langkah mudah ini, almari anda bukan sahaja nampak kemas tetapi juga lebih praktikal setiap kali dibuka.

Tip untuk backpacker

Sekiranya anda suka travel gaya backpacker, wajib cuba gabungkan lipatan KonMari dengan packing cube. Packing cube ialah beg zip kecil yang boleh asingkan baju ikut kategori.

T-shirt satu cube, seluar satu cube, baju tidur satu cube. Bila sampai hotel atau hostel hanya keluarkan cube dan susun atas rak. Ianya boleh dianggap juga sebagai wardrobe bergerak.

Packing cube juga memudahkan masa airport security check. Kalau beg anda kena buka, tak perlu selongkar selak cube je, semua nampak kemas.

Sebagai kesimpulan, teknik Lipat Baju KonMari nampak kecil tapi kesannya besar. Bila almari kemas, beg travel ringan dan masa pun jimat sekaligus menjadikan hidup lebih teratur.

Nak mula tak susah, cuba satu laci dulu. Bila dah nampak hasilnya, confirm anda akan teruja nak lipat semua. Yang paling penting adalah teknik ini sesuai untuk semua.

Sama ada pelajar yang duduk di asrama, mak ayah yang sibuk atau backpacker yang memerlukan beg yang sentiasa ringan.

Sumber : konmari.com

BACA : 7 Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik 2025