Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Senarai Laluan Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

Sofea
jalan ditutup sidang asean
Kredit: Bernama

Senarai Laluan Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

Tidak lama lagi, negara bakal menyaksikan satu lagi sejarah terukir apabila berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 Oktober hingga 28 Oktober. Lebih bermakna apabila Malaysia memegang amanah besar sebagai Pengerusi ASEAN 2025

Mata seluruh dunia akan tertumpu ke Malaysia kerana sidang tersebut bukan sahaja dihadiri oleh pemimpin negara anggota ASEAN, tetapi turut dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Disebabkan itu, beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur dijangka akan ditutup bagi melancarkan atur cara sidang tersebut.

Menurut Pusat Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL), jalan dan lebuh raya utama di Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat.

Berikut senarai jalan utama sekitar KLCC dan pusat bandar yang akan ditutup:

1. Jalan Ampang

2. Jalan Sultan Ismail

3. Jalan P. Ramlee

4. Jalan Pinang

5. Jalan Binjai

6.Persiaran KLCC

7. Jalan Tun Razak

8. Jalan Parlimen

9. Jalan Bukit Bintang

10. Jalan Imbi

11. Jalan Damansara

12. Jalan Istana

13. Jalan Kuching

14. Jalan Perak

Persimpangan strategik:

1. Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

2. Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

3. Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

4. Jalan Perak-Jalan Pinang

5. Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

6. Jalan Stonor-Persiaran KLCC

BACA JUGA: Penjawat Awam Terkesan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Disaran Mohon BDR – JPA

Laluan ke Lapangan Terbang dan kawasan hubungan utama:

1. Laluan dari KLIA dan Subang menuju pusat bandar

2. Lingkaran Putrajaya & Lebuh KLIA

Lebuh raya utama (Akses dan konvoi delegasi)

1. Lebuhraya Maju (MEX)

2. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS, dari Sungai Buloh ke Jalan Duta)

3. Lebuhraya ELITE (KLIA-Putrajaya)

4. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE, Subang-Jalan Duta

5. Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

6. Lebuhraya KL-Seremban (Sungai Besi – Pusat Bandar)

Bagaimanapun, penutupan di lebuhraya ini dilakukan secara berkala, kebiasaannya selama 30 minit hingga 45 minit bagi memberi laluan konvoi delegasi bertaraf tinggi.

KLCCC DBKL juga menjelaskan bahawa kawasan ‘segitiga emas’ iaitu sekitar KLCC dijangka paling terjejas.

“PDRM menasihati orang ramai untuk mengelakkan laluan ini dan menggunakan pengangkutan awam (MRT, LRT, Monorel, bas) sepanjang tempoh sidang berlangsung,” katanya di X.

Selain itu, kenderaan berat juga dilarang memasuki pusat bandar pada waktu puncak sidang terbabit.

“Kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sidang kemuncak ini berlangsung

“Info penutupan jalan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya lagi.

Sumber: KLCCC DBKL