Siakap Keli

Kami Bayar Untuk Video Anda

Anda mahu buat duit tepi? Siakap Keli mahu membayar untuk video ANDA.

Dalam inisiatif untuk memberikan kandungan terbaik kepada pembaca dan pengikut Siakap Keli, kami mahu mendapatkan video-video menarik untuk mereka tonton – tidak kiralah video itu lucu, mencuit hati, sedih, mengejutkan atau menakutkan. Kami mahu melihat kesemuanya.

Jika video anda menarik, kami akan membayar anda wang sebanyak RM100 untuk menerbitkan video tersebut di mana-mana platform kami.

Sekiranya anda berminat dan mempunyai video yang menarik untuk kami nilai, sila isi borang dibawah dan kita akan berhubung kemudian sekiranya video anda terpilih.

Terma dan Syarat*

Pengguna-pengguna servis kami boleh memuat naik kandungan (termasuk komen dan gambar) ke semua platform dan servis kami. Dengan memuat naik kandungan anda ke servis kami, anda mengesahkan bahawa anda adalah pemegang hak cipta atau mempunyai kebenaran dari pemegang hak cipta asal kepada kandungan tersebut dan kandungan itu tidak melanggar mana-mana hak cipta, hak privasi, dan hak milik pihak lain.

Dengan memuat naik kandungan, anda memberikan Maharsuri Sdn. Bhd. hak milik tidak ekslusif, boleh dipindah milik, boleh dilesenkan, kekal, royalti percuma meliputi seluruh dunia untuk menggunakan kandungan yang anda muat naik menerusi servis ini.

Kami tidak akan menuntut hak pemilikan terhadap kandungan anda dan anda tetap menjadi pemilik kepada hak cipta kandungan tersebut.

Dengan memuat naik kandungan juga, anda mengesahkan bahawa telah membaca dan memahami terma serta syarat yang ditetapkan ini.

Apabila kami berkongsi kandungan anda, itu tidak bermakna bahawa kami bersetuju atau menyokong kandungan tersebut.

Kami tidak memberi jaminan bahawa kandungan yang anda muat naik adalah tepat atau benar.

Kami mempunyai hak untuk membuang kandungan anda dari platfom dan servis kami bila-bila masa dengan sebab atau tanpa sebab.

Jika anda rasa hak cipta anda telah dicuri atau diciplak oleh pihak lain menerusi platfom dah servis kami, anda boleh hubungi kami menerusi emel [email protected]

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di