Siakap Keli

‘Hari Ini Dalam Sejarah’, Penampilan 90 MP Baru Terbanyak Dalam Sejarah Parlimen

“Ini merupakan ‘Hari Ini Dalam Sejarah’. Landskap Parlimen pada kali ini amat berbeza kerana kita dapat menyaksikan ada (anggota Parlimen) yang senior dan yang sangat-sangat muda seperti Yang Berhormat P. Prabakaran (Anggota Parlimen Batu) yang masih merupakan seorang pelajar,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah berkata jumlah tersebut adalah yang terbanyak dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Ini merujuk kepada Mesyuarat Pertama Penggal Parlimen Keempat Belas bermula 16 Julai ini yang menampilkan seramai 90 Anggota Parliment (MP) baru.

Sesi yang dibuat khas ini bertujuan untuk memahami peraturan Dewan Rakyat khusus seperti sesi pertanyaan jawab lisan dan bagaiman rang undang-udang dikemukakan.

Tambah Rosmee lagi, sidang yang berlangsung selama 20 hari ini bakal menyaksikan 11 anggota Parlimen yang dahulu pernah berkhidmat sebagai MP manakala 121 MP sidang Parlimen ke-13 sebelum ini yang berjaya dipilih semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Katanya susunan  tempat duduk anggota Parlimen di dalam Dewan juga hanya akan ditentukan selepas pelantikan kesemua menteri Kabinet dan timbalan menteri yang dijadualkan berlangsung Isnin depan.

“Selepas itu kita boleh mengatur tempat duduk lain seperti susunan kekananan penyokong kerajaan dan juga susunan pihak pembangkang di sebelah kiri,” katanya.

Beliau turut menambah anggota Parlimen perlu mengemukakan soalan bagi sesi pertanyaan jawab lisan selewat-lewatnya 29 Jun ini. – Bernama

Nur Farra