Beberapa hari lalu Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dituduh memiliki lebih RM300 juta ringgit dalam beberapa akaun luar negara.
Beliau dalam kenyataannya berkata, tuduhan itu adalah sama sekali tak berasas dan meminta pihak yang menuduh tampil dengan bukti.
Dalam penulisan bertarikh 18 Jun lalu, penulis blog ‘Toyol of Selangor’ mendakwa Mohamed Azmin dan isterinya Datin Seri Shamsidar Taharin memiliki ratusan juta ringgit dalam banyak akaun di luar negara.
Hari ini, Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan memfailkan permohonan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti identiti pemilik blog berkenaan untuk tindakan susulan. – Bernama