Siakap Keli

Jangan Beri Anak Mainan Lama dan Mempunyai Warna Ini

Plastik yang terdapat dalam mainan lama dan terpakai boleh memberi ancaman kesihatan kepada kanak-kanak disebabkan kandungan kimia yang tinggi dan tidak menepati piawaian keselamatan moden yang ditetapkan, menurut satu kajian.

Para saintis telah menguji 200 jenis alat mainan yang terdapat di pusat asuhan, kedai menjual alat mainan, dan rumah di seluruh barat daya England untuk mengesan sembilan jenis elemen berbahaya.

Sebanyak 20 jenis alat mainan lama diuji mengandungi elemen berbahaya, dengan sebahagiannya cukup tinggi dan tidak menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun menurut pakar, ia amat sukar untuk menetukan risiko sebenar daripada alat mainan lama ini.

”Permaianan Lego yang dihasilkan pada tahun 70 dan 80-an adalah yang paling teruk,” kata Dr. Andrew Turner daripada Universiti Plymouth yang mengetuai kajian tersebut.

”Kebanyakkan mainan ini tidak diuji dengan piawaian yang sudah ditetapkan, dan kita membiarkan anak-anak kita bermain dengan alat maianan tersebut,” katanya.

Toksik Kronik

Untuk kajian tersebut, yang diterbitkan di bawah Sains dan Teknologi Persekitaran, Dr. Turner dan pasukannya mengguna pakai teknologi X-tray fluoresen untuk menganalisis pelabagai jenis maianan termasuklah alat mainan berupa kereta, kereta api dan puzzle.

Mereka kemudian membuat penemuan mengejutkan dimana kandungan tinggi elemen kimia berbahaya seperti antimoni, barium, bromin, kadmium, kromium, plumbum dan selenium.

Gambar : Medline Plus/Mayo Clinic

Bahan-bahan kimia ini sangat berbahaya jika kanak-kanak terdedah walaupun terdedah pada jumlah yang sedikit untuk jangka masa yang lama.

Namun, sekiranya kanak-kanak ini memasukkan alat mainan ini ke dalam mulut, ia berubah dan mereka terdedah pada bahan kimia ini pada jumlah yang lebih tinggi.

Dr. Turner kemudian menjalankan penyelidikan berasingan dengan menguji 26 jenis alat mainan sama ada ia menepati piawai yang ditetapkan Bahagian Kawalan Alatan Mainan Kesatuan Eropah. 10 alat mainan disahkan gagal dalam ujian tersebut disebabkan mempunyai kandungan  bromin, kadmium atau plumbum yang terlalu tinggi.

Merah, Hitam dan Kuning Paling Berbahaya

‘Mainan lama sememangnya akan diwarisi secara turun-temurun dari seorang anak kepada anak yang lain. Malah ia boleh didapati daripada keluarga terdekat atau rakan-rakan, dan boleh dibeli daripada kedai yang menjual alat mainan terpakai.

”Orang ramai perlu lebih berhati-hati apabila ia melibatkan alat mainan kecil, boleh dimasukkan kedalam mulut dan mempunyai warna kerana ia berpontensi mendedahkan kesihatan anak-anak anda kepada penyakit kronik.

”Tanpa kesedaran, dengan kos yang lebih murah dan boleh diwarisi serta diguna semula, dikhuatiri alat mainan lama ini berpotensi untuk mencipta satu legasi bahan kimia berbahaya yang diwarisi kepada anak-anak yang seterusnya,” kata Dr. Turner.

Seorang lagi penyelidik yang terlibat dalam kajian ini, Prof Andrew Watterson daripada Universiti Stirling memberitahu bahawa elemen kimia seperti kadmium bersifat karsinogen, dan perlu dielakkan kerana boleh memberi kesan berbahaya kepada manusia.

”Jadi alat mainan lama dan terpakai ini, terutamanya mempunyai warna tertentu (merah, hitam atau kuning) mempunyai risiko yang jelas, namun ia sukar untuk menentukan tahap sebenar risiko tersebut,” katanya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0ZEqkIzAht4]

 

Sumber : BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.