Siakap Keli

Mayat Bayi Sempurna Sifat Dengan Perut Terburai Ditemui Tepi Jalan

Tular di media sosial beberapa keping gambar mayat bayi dengan keadaan perut terburai di atas sebuah jambatan Sungai Dua menghala Pelabuhan Klang, yang dipercayai ditemui pada pukul 10 pagi tadi oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Gambar : Polis Daerah Klang Utara

Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan mengesahkan ada menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi yang sempurna sifat itu.

Gambar : Polis Daerah Klang Utara

Menurut ACP Mazelan, pihaknya percaya bayi itu sebenarnya cuba dicampak masuk ke dalam sungai, namun gagal menyebabkan bayi malang itu terjatuh di penghadang jalan jambatan berkenaan.

“Polis sedang memburu ibu kepada mayat bayi berkenaan dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Gambar : Polis Daerah Klang Utara

Tambahnya lagi, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, manakala mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.