Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Elak Duit Melayang, Peka Tentang Jangka Hayat Alat Ganti Kereta 

Azizah Najib
Jangka hayat alat ganti
Kredit: Gambar AI/ImageFX
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Elak Duit Melayang, Peka Tentang Jangka Hayat Alat Ganti Kereta

Bagi pemilik kereta, menjadi satu kewajipan dalam mengambil tahu tentang alat ganti kenderaan sebelum memiliki satu-satu kenderaan. Faktor paling utama perlu dipertimbangkan ialah kemudahan dalam mendapatkan alat ganti jika berlaku sesuatu.

Alat ganti kereta merupakan komponen penting yang memastikan kereta sentiasa berfungsi dengan baik sama ada untuk enjin, sistem brek, tayar mahupun sistem elektronik.

Tanpa penjagaan dan penggantian yang tepat pada masanya, komponen yang telah rosak tetapi tidak diganti boleh menjejaskan prestasi kenderaan. Lebih membimbangkan, keadaan ini juga mampu membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang.

Oleh itu, setiap pemilik kenderaan wajar mengambil tahu jangka hayat alat ganti kereta mereka. Ikuti penjelasan tentang jangka hayat alat ganti kereta yang dikongsi seorang mekanik di Transmatic Automotive, Muiz Bidin di bawah.

Jangka Hayat Alat Ganti Kereta

Benda asas macam ini memang wajib semua pemandu tahu, tidak kira lelaki atau perempuan, baru belajar atau sudah lama memandu. Bukan sahaja untuk keselamatan, tetapi juga boleh jimat duit dari rosak lebih teruk nanti.

Lampu Kereta

Periksa setiap enam bulan. Kalau cahaya makin malap atau sebelah sudah mati, cepat-cepat tukar sebelum kena saman.

Pengelap Cermin Depan

Tukar setiap enam bulan hingga satu tahun. Kalau lap cermin tidak bersih atau bunyi geseran kuat, itu tandanya sudah haus.

Palam Pencucuh (Spark Plug)

Tukar setiap 30,000 hingga 50,000 kilometer. Kalau enjin semput, susah hidup waktu pagi atau petrol makin kuat makan, spark plug mungkin sudah lemah.

Tali Sawat (Timing Belt)

Tukar antara 60,000 hingga 100,000 kilometer. Kalau putus, enjin boleh rosak teruk sampai kena overhaul. Jangan tunggu sampai jadi masalah.

Alternator

Periksa setiap 100,000 kilometer. Kalau bateri selalu kong, lampu papan pemuka berkelip atau enjin susah hidup, alternator mungkin sudah rosak.

Pam Minyak

Periksa setiap 100,000 kilometer. Kalau enjin tiba-tiba mati semasa memandu atau susah hidup, boleh jadi pam minyak sudah lemah.

Pam Air

Tukar setiap 100,000 kilometer. Kalau bocor atau rosak, suhu enjin boleh naik mendadak dan menyebabkan overheat.

Klac

Biasanya tahan hingga 100,000 kilometer. Tapi kalau gear susah masuk, enjin mengaum tapi kereta tidak laju, klac mungkin sudah haus.

Penapis Minyak

Tukar setiap 40,000 hingga 80,000 kilometer. Kalau enjin terasa lemah atau tersengguk semasa memandu, penapis minyak mungkin tersumbat.

Brake Pad dan Disc Brake

Brake pad tahan 30,000 hingga 70,000 kilometer. Kalau ada bunyi geseran atau brek makin lembut, segera tukar.

Disc brake tahan 80,000 hingga 120,000 kilometer. Kalau rasa gegar semasa brek atau nampak calar dalam, ini tanda sudah haus.

Penyuntik Bahan Api

Periksa setiap 40,000 hingga 60,000 kilometer. Kalau enjin semput, RPM tidak stabil atau penggunaan minyak makin tinggi, penyuntik bahan api mungkin tersumbat.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Muiz Bidin

BACA: 7 Punca Penyaman Udara Tertutup Sendiri

BACA: Punca Kereta Bunyi Pelik, Kesan Sebelum Terlambat