Siakap Keli

(Video)12 Pemain Bola Sepak Remaja Thailand Sudah Ditemui Tapi Belum Boleh Diselamatkan

12 pemain bola sepak remaja sebuah akademik bola sepak di Thailand beserta seorang jurulatih yang terperangkap di dalam kompleks gua selama 9 hari akhirnya berjaya ditemui selamat oleh dua orang pakar selaman gua daripada United Kingdom.

Pasukan penyelamat daripada UK itu tiba di lokasi kejadian, Gua Tham Luang di Chiang Rai untuk menyertai pasukan penyelamat tempatan yang kesuntukkan masa setelah usaha berhari-hari gagal memberikan sebarang hasil positif.

Dua penyelamat British itu, Rick Stanton dan John Volanthen daripada Majlis Penyelamat Gua British merupakan sebahagian daripada anggota pasukan UK yang diterbangkan khas ke Thailand minggu lepas dan terdesak untuk memulakan kerja-kerja menyelamat secepat mungkin.

Anggota Penyelamat UK

Berita penemuan kesemua mangsa dalam keadaan selamat itu disambut dengan kegembiraan oleh anggota penyelamat lain yang turut bertungkus-lumus menggeledah ke seluruh pelusuk gua untuk mencari jejak-jejak yang ditinggalkan mangsa.

Rakaman komunikasi antara dua anggota penyelamat itu dengan kesemua mangsa turut didedahkan.

”Berapakah ramaikah kamu,” soal salah seorang anggota penyelamat itu.

”13 orang”, jawab salah seorang mangsa.

”13? Bagus,” kata anggota penyelamat British pula.

Kedua-dua anggota penyelamat itu kemudian menjelaskan kepada semua mangsa bahawa mereka harus menunggu buat sementara waktu bagi membolehkan pasukan penyelamat merangka pelan untuk mengeluarkan mereka daripada kawasan tersebut.

”Kami hanya berdua. Kami perlu menyelam kembali dan membawa lebih ramai anggota penyelamat,” kata salah seorang daripada mereka.

Laporan awal mendedahkan kesemua mangsa dalam keadaan terlalu lemah untuk dibawa keluar dengan segera dan memerlukan rawatan terlebih dahulu.

Apabila berita mengenai penemuan kesemua mangsa dalam keadaan selamat tersebar dan diketahui keluarga, kerajaan Thailand melalui agensi media kerajaan bertindak membuat siaran langsung daripada lokasi kejadian untuk berkongsi kegembiraan tersebut bersama-sama.

‘Mereka semua ditemui selamat. Namun cabaran baru menanti pasukan penyelamat untuk mencari jalan bagaimana mahu mengeluarkan kesemua mangsa,” kata Gabenor Chiang Rai.

”Misi kami adalah untuk mencari, menyelamat dan membawa mereka pulang. Setakat ini kamu baru menjumpai mereka, namun masih belum berjaya mengeluarkan mereka dengan selamat,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa usaha untuk menyedut keluar air daripada gua tersebut akan diteruskan dan pasa masa yang sama akan menyediakan doktor dan jururawat untuk dibawa menyelam ke kawasan kesemua mangsa semua berada.

‘Jika doktor yang memeriksa mengesahkan kesemua mangsa berada dalam keadaan baik untuk dibawa keluar, maka pasukan penyelamat akan memulakan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

”Selepas itu, pihak kami akan memantau perkembangan mereka sebelum dibenarkan kembali ke sekolah,” tambahnhya lagi.

Pihak penyelamat kini meletakkan usaha membawa membawa kesemua mangsa keluar dengan menggunakan alatan skuba sebagai pilihan terakhir.

”Ia sangat-sangat berbahaya dan saya sepenuhnya mengesyorkan ia sebagai pilihan paling terakhir.

Salah Seorang Anggota Keluarga Mangsa

”Untuk seseorang yang tidak pernah menyelam dan menyelam dalam keadaan gelap di dalam laluan yang tidak pernah dilalui, ia merupakan satu situasi yang sangat ekstrem.

”Ia sangat mudah untuk mereka bertukar menjadi panik dan membunuh diri sendiri, atau mungkin meletakkan pasukan penyelamat dalam risiko bahaya,” kata Edd Sorenson, koordinator Pasukan Penyelamat Gua Bawah Air Antarabangsa berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat.

”Jadi buat sementara waktu ini, saya berpendapat adalah lebih baik pasukan penyelamat hanya membekalkan makanan, rawatan dan mengepam masuk oksigen. Sekeurang-kurangnya mangsa kini sudah selamat dan bersemangat kembali untuk membolehkan pasukan penyelamat merangka pelan menyelamat yang lebih selamat,” katanya lgi.

Setakat ini, lebih 1000 orang anggota penyelamat termasuklah penyelam khas daripada pasukan SEAL Tentera Laut Diraja Thailand serta anggota penyelamat daripaad beberapa negara termasuklah Laos, Myanmar, China, Autralia, Amerika Syarikat dan UK.

Sumber : BBC, The Telegraph

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.