Siakap Keli

Buat Hubungan Seks Bawah Umur? Bersedialah Untuk Kanser Serviks – Doktor Izzat

Baru-baru ini, isu perkahwinan bawah umur antara budak berusia 11 tahun dan lelaki berusia 41 tahun mendapat perhatian hangat semua pihak. Ramai yang memberi pendapat dan tidak bersetuju kerana di usia itu si ‘isteri’ sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak.

Tampil memberi pendapat mengikut bidang perubatan, Doktor Muhammad Izzat menjelaskan mengenai risiko melakukan hubungan seks di usia muda yang boleh membawa kepada kanser serviks.

Tegas beliau, ibu bapa perlu buka mata dan minda dalam hal ini. Kahwinkan anak di usia remaja bukanlah satu tindakan yang tepat. Ikuti penjelasan Doktor Izzat seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Hubungan seks seawal usia remaja meningkatkan peluang mendapat kanser serviks.

Dewasa ini, memang banyak remaja belasan tahun atau masih yang bersekolah sudah melakukan hubungan seks luar nikah. Ada yang sudah berkahwin seawal usia 15 tahun dan ada yang mengandung anak pertama seawal usia 12 tahun!

Saya kurang pasti adakah mereka ini benar-benar matang dan bersedia untuk berumah tangga, atau hanya mencuba suka suka membuat hubungan seks.

Yelah masih lagi keanak-anakkan, dan tidak mempunyai ilmu bagaimana untuk mengelakkan kehamilan serta penyakit-penyakit bawaan kelamin sekaligus menyebabkan si anak gadis ini ‘TERmengandung’ dan menjadi pesakit saya, yang paling muda yang pernah saya rawat adalah berusia 12 tahun!

Jika anak gadis yang tidak mempunyai ilmu ini taktahu ape kemungkinan yg akan berlaku pada mereka jika melakukan hubungan seks seawal usia remaja, maka saya berasakan kita perlu berbalik kepada peranan ibu bapa atau penjaga mereka dalam memberikan maklumat serta pendidikan berkenaan pendidikan seks dikalangan remaja.

Jika anak gadis yang tidak mempunyai ilmu ini tak tahu apa kemungkinan yang akan berlaku pada mereka jika melakukan hubungan seks seawal usia remaja, maka saya berasakan kita perlu berbalik kepada peranan ibu bapa atau penjaga mereka dalam memberikan maklumat serta pendidikan berkenaan pendidikan seks dikalangan remaja.

Perlu diingatkan berkali kali disini, membuat hubungan seks pada usia awal remaja mendedahkan remaja perempuan ini mendapat kanser serviks jenis invasif dikemudian harinya. Mengapa saya berkata sedemikian?

Sistem ketahanan dan immuniti pangkal rahim ( transformation zone seperti dalam gambar) anak-anak remaja ni tidak lagi matang untuk melawan segala jangkitan kuman lebih-lebih lagi virus HPV yang menyebabkan kanser serviks. Maka pangkal rahim mereka senang dijangkiti HPV dan seterusnya merubah sel sel yang normal pada pangkal rahim itu menjadi tidak normal dan boleh merubah menjadi kanser.

Jika wanita yang sudah matang pun boleh terdedah kepada kanser serviks biarpun ‘transformation zone’ pada pangkal rahim mereka sudah matang, apatah lagi anak-anak remaja gadis ini?

‘Transformation zone’ pada pangkal rahim ini matang pada usia lebih kurang 20 tahun dan jika perlu dikahwikan kan anak gadis itu juga, kahwinkan mereka selepas umur 20 tahun, bukanlah seawal belasan tahun.

Belum lagi bercerita mengenai kesihatan mental anak-anak gadis remaja ini untuk menempuh alam rumah tangga, kesusahan dalam mengandung, melahirkan anak. Kalau nak cerita tu memang tak abes-abes.

Jangan amek jalan mudah, dan nak lepaskan tanggungjawab dengan menikahkan anak gadis itu seawal remaja. Budak-budak memang tktau pape, mak ayahnya perlu buka mata dan buka minda.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.