Siakap Keli

Kuota Haji Malaysia Kekal 30,200 Jemaah, Nafi Laporan Kuota Dikurangkan

4 Julai – Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa kuota rasmi jemaah haji Malaysia kekal bagi tahun 2018 iaitu seramai 30,200 orang.

Kuota dikatakan telah ditetapkan sendiri oleh kerajaan Arab Saudi iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Sehubungan itu, TH skereas-kerasnya menafikan laporan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi menyekat atau mengurangkan kuota tersebut pada tahun ini.

TH juga telah membuat persediaan rapi terutama dari segi penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan, sajian makanan serta penyelarasan  petugas TH.

“Para jemaah juga telah menghadiri Kursus Perdana Haji di seluruh negara bermula minggu lepas bagi meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji terutama dari segi praktikal.

“Sebanyak tiga Kursus Perdana Haji lagi akan dilaksanakan minggu ini di Perlis, Zon Tengah Sarawak dan Zon Pantai Timur Sabah,” menurut kenyataan itu.

Penerbangan pertama haji dijangka berlepas pada 14 Julai ini sementara penerbangan terakhir ke Tanah Suci dijangka pada 14 Ogos 2018. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)