Siakap Keli

“Budak Kecil Memang Menyakitkan Hati,” Tweet ‘Bodoh’ Lelaki Tentang Adam Rayqal Dikecam Netizen

Ketika kita masih lagi bersedih dengan berita yang menimpa adik Adam Rayqal, masih ada segelintir daripada kita yang tidak peka dan sensitif dengan perasaan keluarga mangsa.

Tanpa rasa bersalah, ada dalam kalangan netizen yang sewenang-wenangnya melontarkan komen yang tidak baik sekaligus menimbulkan kemarahan netizen dan rakyat Malaysia khususnya kerana apa yang berlaku pada adik Adam Rayqal adalah sesuatu yang langsung tidak boleh diterima oleh siapa pun.

Dan ini lah yang berlaku kepada seoarang lelaki apa tweetnya yang dikongsi melalui laman Twitter menerima kecaman netizen yang nyata tidak berpuas hati dengan tindakan dia yang dianggap sebagai biadap.

”Aku tak sedih pun pasal kes bayi mati kena dera letak dalam peti ais. Sebab budak kecil ini memang kadang-kadang menyakitkan hati. Tambah-tambah jenis buas nak mampus. Aku rasa nak henyak je,” kata pengguna twitter tersebut.

Tindakan dia yang mungkin ingin bergurau memang tidak kena tempatnya apabila ia di retweet berulang kali oleh netizen yang berang dengan sikap kurang sensitif yang ditunjukkannya.

Ada juga netizen yang mengretweet tweet tersebut dan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap remaja tersebut kerana mendakwa tweetnya boleh mengancam nyawa kanak-kanak di luar sana.

Retweet lelaki tersebut turut mendapat ratusan komen yang senada dengannya dalam isu melibatkan tweet remaja lelaki tersebut.

Seorang pengguna twitter yang lain turut bersetuju dengan retweet tersebut dan mengingatkan remaja lelaki tersebut apa yang perlu dia lalui apabila memiliki anak kelak.

”Nanti dah ada anak baru tahu macam mana ya. Nasib baik awak masa kecil orang tak henyak kau,” kata wanita itu.

 

 

”Eh biadapnya. Ni baby kot. Budak tu lain tau. Tapi ayat ni memang biadap. Kalau kau ada anak agaknya kau yang buat anak kau sampai cedera,” kata seorang lagi netizen.

Salah seorang netizen yang lain pula menasihati rakan-rakan wanitanya yang lain agar mengelak daripada memilih lelaki seperti remaja itu untuk dijadikan pasangan hidup.

”Wanita-wanita semua, elakkan lelaki maca ni. Dah nampak dia nanti macam mana dengan anak-anak anda,” katanya.

Setelah teruk menerima kecaman netizen, remaja itu kemudian memuat naik satu lagi tweet untuk membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-katanya sebelum ini.

”Saya dengan ini merendah diri memohon maaf di atas tweet saya pagi tadi (semalam) yang amat kasar dan sensitif. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya amat kesali dia atas perbuatan saya itu,” katanya.

Kami di SK juga turut merasa kecewa dengan tweet awal yang dibuat oleh remaja itu. Tapi apa pun, dia sudah pun memohon maaf dan diharap apa yang terjadi menjadi pengajaran kepada kita semua. Tak salah untuk memberi pendapat, tapi janganlah sampai mengguriskan hati dan perasaan orang lain, ok.

Sumber : Twitter

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.