Siakap Keli

Tahukah Anda Faktor Umur Punca Ibu Keguguran Berulang Kali?

Ramai wanita yang mengalami keguguran berdepan dengan emosi yang tidak stabil.  Keguguran bukanlah sesuatu yang mudah kerana dengan beberapa komplikasi akan menyebabkan pengguguran secara paksaan.

Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Namun, apa akan terjadi jika sesesorang wanita itu mengalami keguguran yang berulang-ulang?  Bagaimana ia boleh terjadi? Apa puncanya dan rawatan sesuai untuk mengurangkan risiko?

Apakah keguguran ?

Kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan dipanggil keguguran. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan ( 10-20%)


Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan, tidak biasa berlaku 1-2 kes dalam 100 kehamilan ( 1-2%)

Apakah keguguran berulang-ulang ?

Bila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang ( recurrent miscarriages ). Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat

Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan?

Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.


Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan

UMUR
Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.

ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME ( APS)
APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan


FAKTOR GENETIK
2-5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah ibu ). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.

PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim ( cervical incompetence ) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebabkan keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun

PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL
Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.


JANGKITAN KUMAN
Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.

BENTUK RAHIM
Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran

KENCING MANIS & MASALAH TIROID
Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.

FAKTOR IMUN ( Immune Factors )
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.

Berat badan berlebihan

Merokok, pengambilan kaffein dan alkohol secara berlebihan.

Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.

Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :

1. Ujian darah – mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia
Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.

2. Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman


Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.

Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat. Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes ( 75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.


Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Sumber: Facebook Muhammad Izzat

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di