Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Maybank Teguh Jaga Kebajikan Pekerja, Tetapkan Gaji Minimum RM3,100 Sebulan
Maybank terus memperkukuh komitmennya terhadap kebajikan pekerja dengan menetapkan pendapatan minimum bulanan melebihi paras Gaji Sara Hidup, iaitu sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan.
Langkah ini seiring dengan saranan Panduan Belanjawanku oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta cadangan Kementerian Kewangan yang mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi peneraju dalam menawarkan imbuhan yang lebih adil kepada pekerja.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pendekatan tersebut selaras dengan aspirasi Maybank sebagai sebuah institusi berasaskan nilai yang digerakkan oleh tenaga kerja yang menginsankan perkhidmatan kewangan.
“Di Maybank, kami percaya bahawa kebajikan dan kesejahteraan pekerja, termasuk bayaran gaji yang adil dan berpatutan bukan sahaja suatu keperluan moral, malah merupakan pemacu kepada kejayaan perniagaan.
“Usaha memastikan semua pekerja kami menerima gaji yang kompetitif dan mampan adalah asas penting dalam membina tenaga kerja yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan.
“Ini mencerminkan komitmen mendalam kami terhadap kemakmuran bersama dan nilai-nilai yang berasaskan rangka kerja Ekonomi MADANI,” jelasnya.
BACA: Kelebihan RTS Link JB-Singapura Yang Korang Kena Tahu
Sumber: Berita RTM