Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kelebihan rts link
Gambar: RTS Link JB-SG/FB

Kelebihan RTS Link JB-Singapura Yang Korang Kena Tahu

Hannah

Kelebihan RTS Link JB-Singapura Yang Korang Kena Tahu

Bayangkan hanya mengambil masa lima minit sahaja untuk menyeberang dari Johor Bahru ke Singapura. Kini, ia bakal menjadi realiti menerusi projek mega Rangkaian Transit Sistem Link (RTS Link).

RTS Link adalah satu sistem rel rentas sempadan sepanjang 4 kilometer yang menghubungkan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Stesen Woodlands North di Singapura.

Ia bukan sekadar projek pengangkutan biasa. Ia dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap isu kesesakan di Tambak Johor dan juga sebagai pemacu kerjasama ekonomi serta sosial antara dua negara jiran.

Berikut merupakan tujuh kelebihan utama RTS Link yang bakal mengubah cara kita berulang-alik antara Johor dan Singapura.

1. Kelajuan tinggi, kapasiti besar

RTS Link beroperasi pada kelajuan sehingga 80 km/jam, dengan setiap tren dilengkapi empat gerabak.

Ia mampu membawa seramai 605 penumpang pada waktu biasa dan boleh memuat sehingga 1,069 penumpang ketika waktu puncak.

Secara keseluruhan, sistem ini mampu mengangkut sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah, menjadikan anggaran penumpang harian sekitar 40,000 orang.

2. Mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor

Dengan jumlah pengguna harian melebihi 350,000 orang di Tambak Johor, RTS Link bakal mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di pusat pemeriksaan sempadan.

Tren ini akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, dengan kekerapan setiap 3.6 minit pada waktu puncak dan setiap 6 minit di luar waktu puncak.

3. Integrasi dengan pengangkutan awam lain

Stesen RTS di kedua-dua negara direka untuk berintegrasi secara lancar dengan sistem pengangkutan lain seperti MRT, bas dan perkhidmatan lain, sekali gus memudahkan pengguna membuat perjalanan sambungan harian.

4. Proses Imigresen dipermudah

Kemudahan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) akan berada dalam satu bangunan yang sama di setiap stesen.

Ini membolehkan urusan sempadan dilakukan lebih cepat, mudah dan efisien, tanpa perlu berulang alik antara dua tempat.

5. Sistem kutipan tambang automatik

RTS Link akan menggunakan sistem kutipan tambang automatik yang menyokong pelbagai kaedah seperti kad pintar tanpa sentuhan, e-dompet, EFTPOS dan kod QR.

Ini bukan sahaja mempercepatkan transaksi, malah mengurangkan barisan panjang di pintu masuk.

6. Pemangkin pembangunan Johor

RTS Link dijangka menjadi pemangkin utama kepada pembangunan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.

Dengan akses lebih mudah ke Singapura, nilai hartanah di selatan Johor juga dijangka meningkat dan membuka peluang pelaburan baharu.

7. Mesra Orang Kurang Upaya (OKU)

Projek ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya, sistem gelung induksi pendengaran diperkenalkan di dalam tren, bukan sahaja di Malaysia, malah juga di Singapura.

Sistem ini direka khas untuk membantu penumpang kurang upaya pendengaran supaya mereka dapat menerima maklumat dengan lebih jelas dan selesa.

BACA: Mengenali Maksud & Peranan Presiden Kehormat

BACA: Rawat Luka Lecur, Ketahui Fakta Menarik Tentang Kulit Ikan Tilapia

BACA: 8 Fakta Menarik Tentang Gunung Rinjani

Sumber: Astro Awani