Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
fakta menarik gunung rinjani
Kredit: Cutinesia

8 Fakta Menarik Tentang Gunung Rinjani

Sofea

8 Fakta Menarik Tentang Gunung Rinjani

Aktiviti mendaki sejak dahulu sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Namun, sejak beberapa tahun ini, aktiviti tersebut semakin mendapat perhatian terutama dalam kalangan anak muda.

Selain mendaki untuk menjalani gaya hidup yang sihat, mereka juga suka menikmati pemandangan yang indah di bukit atau gunung sama ada dalam dan luar negara.

Salah satu lokasi mendaki popular ialah Gunung Rinjani di Indonesia.

Untuk pengetahuan, Gunung Rinjani merupakan salah satu gunung paling ikonik di negara itu. Ia menjadi lokasi kegemaran bagi pendaki tempatan dan luar negara.

Terletak di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, gunung itu bukan sahaja mempunyai pemandangan yang luar biasa, malahan turut dipenuhi sejarah dan keunikan tersendiri.

Justeru, kali ini SK ingin berkongsi fakta-fakta menarik mengenai Gunung Rinjani yang mungkin belum diketahui oleh anda.

Fakta Menarik Gunung Rinjani

Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia

Gunung Rinjani yang tersergam indah ini mempunyai ketinggian 3,726 meter di atas permukaan laut dan menjadikannya gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas Gunung Kerinci di Sumatera.

Puncak Rinjani sering kali dilitupi oleh awan dan dari sana pendaki boleh melihat pemandangan Pulau Lombok secara keseluruhan. Bahkan Pulau Bali dan Sumbawa juga boleh dilihat.

Keindahan kaldera Segara Anak

Pendaki yang ke gunung tersebut juga kebiasaannya akan menikmati keindahan kaldera besar yang terdapat di Tasik Segara Anak. Boleh dikatakan ia adalah salah satu daya tarikan utama di situ.

Tasik terbabit terbentuk setelah letusan dahsyat gunung terbabit ribuan tahun yang lalu.

Nama ‘Segara Anak’ bermaksud ‘anak laut’ dan ia mencerminkan warna air biru yang menyerupai air laut. Tasik itu terletak pada ketinggian sekitar 2,000 meter di atas permukaan laut, dengan kaldera berukuran sekitar enam kilometer.

Gunung Barujari di dalam kaldera

Menariknya, di tengah-tengah kaldera tersebut, terdapat satu lagi gunung berapi iaitu Gunung Barujari. Ia terakhir kali meletus pada tahun 2016 lalu.

Barujari sering disebut sebagai ‘anak’ Gunung Rinjani dan menjadi daya tarik tambahan bagi para pendaki yang mengunjungi kaldera Segara Anak. Walaupun kecil, letusan Barujari dapat menyebabkan aktiviti vulkanik yang sangat besar.

Kredit: Cutinesia

Taman Nasional Gunung Rinjani

Gunung Rinjani adalah sebahagian daripada Taman Nasional Gunung Rinjani yang merangkumi kawasan seluas sekitar 41,330 hektar. Taman tersebut ditubuhkan pada tahun 1997 dan bertujuan untuk melindungi alam dan ekosistem unik di sekitar gunung.

Di kaki gunung itu, terdapat hutan hujan tropika yang merupakan habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna termasuk beberapa spesies endemik.

2 hingga 4 hari untuk sampai puncak

Seperti yang telah dinyatakan, Gunung Rinjani ini sememangnya sangat popular dalam kalangan pendaki.

Pendakian untuk ke puncaknya memerlukan waktu selama dua hingga empat hari bergantung kepada laluan yang dipilih dan keadaan fizikal pendaki. Terdapat dua laluan yang boleh dipilih iaitu Senaru dan Sembalun. Setiap laluan tersebut mempunyai tiga tiang untuk berehat.

Laluan Sembalun pula menjadi laluan kegemaran pendaki walaupun mempunyai trek yang lebih panjang. Pendaki kebiasaannya akan meredah lereng curam yang mempunyai kecerunan sekitar 60 darjah.

Manakala di Laluan Senaru pula, pendaki akan melalui hutan tropika yang tebal dan curam.

Perubahan iklim yang dramatik

Suhu di Gunung Rinjani sering berubah-ubah, terutama ketika mendekati puncak. Di puncaknya, suhu boleh turun hingga ke bawah darjah Celcius, terutama pada malam hari.

Pendaki disarankan untuk membawa kelengkapan yang mencukupi agar tetap hangat dan terlindung dari cuaca ekstrem.

Aktiviti gunung berapi aktif

Walaupun Gunung Rinjani mempunyai pemandangan yang tenang dan memukau, gunung ini tetap merupakn gunung berapi yang masih aktif.

Letusan terakhir gunung itu direkodkan pada tahun 2016. Selain itu, aktiviti gunung berapi Barujari juga dipantau secara ketat oleh Badan Geologi Indonesia.

Keindahan alam dan budaya

Selain pendakian, kawasan sekitar Gunung Rinjani juga menawarkan pelbagai tarikan pelancongan lain. Desa-desa di kaki gunung seperti Sembalun dan Senaru dikenali dengan kekayaan budaya dan tradisi masyarakat setempat.

Orang ramai boleh menjelajah air terjun yang indah seperti Air Terjun Tiu Kelep dan Sendang Gile, yang terletak di kaki Gunung Rinjani.

Sumber: Merdeka.com, Cutinesia