Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mengenali Maksud & Peranan Presiden Kehormat 

Iqbal Yasir
Peranan Presiden Kehormat
Gambar: AI

Mengenali Maksud & Peranan Presiden Kehormat

Dalam sesebuah organisasi, tentunya terdiri daripada jawatan atau struktur yang membentuk dan mengawal selia kerja. Setiap daripadanya mempunyai tugas tersendiri.

Antara jawatan yang sering kita dengar adalah seperti Ketua Eksekutif (CEO), Presiden dan banyak lagi.

Tapi, pernahkah anda mendengar istilah “Presiden Kehormat” dalam sesebuah organisasi, pertubuhan atau kelab?

Mungkin ramai yang kurang jelas mengenai jawatan yang satu ini, jadi SK hari ini kongsikan tentang maksud dan peranan jawatan ini di bawah.

Apa Itu Presiden Kehormat?

Secara umumnya, Presiden Kehormat (Honorary President) ialah seseorang yang diberi gelaran rasmi dalam sesebuah organisasi sebagai tanda penghargaan.

Biasanya, ia kerana sumbangan besar, reputasi tinggi atau pengaruh sosial. Tetapi jawatan ini tidak selalu melibatkan kuasa eksekutif atau pentadbiran harian.

Peranan Presiden Kehormat

Meskipun tidak memegang kuasa eksekutif seperti presiden sebenar, Presiden Kehormat biasanya memainkan peranan seperti berikut;

Simbol Sokongan, Kredibiliti

Lazimnya, nama besar yang dilantik sebagai Presiden Kehormat boleh meningkatkan reputasi dan kepercayaan terhadap organisasi.

Sebagai contoh, bekas pemimpin, tokoh akademik, artis terkenal atau tokoh masyarakat

Berperanan Sebagai Perhubungan Awam

Presiden Kehormat biasanya akan hadir dalam acara rasmi, pelancaran, program amal dan majlis anugerah. Ia sebagai mewakili imej organisasi di mata umum dan pihak luar.

Pemberi Nasihat Strategik

Walaupun tidak terlibat langsung dalam urusan syarikat, Presiden Kehormat kadangkala dijemput untuk memberi pandangan dalam mesyuarat penting atau hala tuju jangka panjang organisasi.

Dana & Tajaan

Presiden Kehormat juga berperanan dalam membantu menarik minat penaja, penderma, atau pihak berkuasa untuk menyokong misi organisasi. Ia disebabkan pengaruhnya yang luas.

Sokongan Moral

Kehadiran dan sokongan moral daripada tokoh ini mampu menaikkan semangat ahli-ahli organisasi, terutamanya dalam NGO atau pertubuhan sosial.

Secara umumnya, Presiden Kehormat tidak berperanan secara pentadbiran atau membuat keputusan harian. Sebaliknya jawatan ini memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan, menyokong visi organisasi dan menjadi penghubung strategik dengan masyarakat luar.

Sumber: Royal Statistical Society, DIY Committe Guide

BACA: Maksud & Beza Tugas CEO, COO, CFO, CMO, CTO