Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
maksud beza tugas ceo coo
Gambar: AI chatgpt

Maksud & Beza Tugas CEO, COO, CFO, CMO, CTO

Iqbal Yasir

Maksud & Beza Tugas CEO, COO, CFO, CMO, CTO

Dalam sesebuah organisasi, terutamanya syarikat besar atau multinasional, peranan pasukan pengurusan tertinggi atau dikenali sebagai C-Suite amat penting dalam memastikan kelancaran operasi dan pertumbuhan strategik syarikat.

Antara jawatan utama dalam C-Suite ialah CEO (Ketua Pegawai Eksekutif), COO (Ketua Pegawai Operasi), CFO (Ketua Pegawai Kewangan), CMO (Ketua Pegawai Pemasaran) dan CTO (Ketua Pegawai Teknologi).

Setiap jawatan ini mempunyai bidang tugas yang khusus dan memainkan peranan yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain.

Sehubungan itu, SK hari ini ingin berkongsikan perbezaan mengenai CEO , COO, CFO. CMO, CTO dan skop kerja masing-masing di bawah.

Apa itu Chief Executive Officer (CEO)?

CEO merujuk kepada singkatan bagi Chief Executive Officer atau Ketua Pegawai Eksekutif. Menurut definisi daripada Investopedia, CEO merupakan jawatan eksekutif tertinggi dalam sesebuah syarikat.

CEO sering disamakan dengan jawatan pengarah urusan atau presiden pengarah. Sebagai nakhoda kepada syarikat, CEO memikul tanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan syarikat.

Dalam banyak kes, CEO juga menjadi wajah kepada syarikat, yang berperanan menyampaikan visi dan misi syarikat kepada orang awam atau pihak kerajaan.

Secara umum, tanggungjawab utama CEO ialah membuat keputusan besar yang memberi kesan kepada arah tuju syarikat. Selain itu, tugas CEO termasuk mengurus operasi keseluruhan serta sumber daya manusia dan kewangan syarikat.

BACA: Maksud Nombor Di Atas Landasan Kapal Terbang

CEO juga berfungsi sebagai penghubung utama antara lembaga pengarah dengan operasi syarikat. Oleh itu, jawatan CEO biasanya dipegang oleh individu yang sangat berpengalaman dan berkemampuan dalam mengurus organisasi.

Peranan CEO boleh berbeza antara satu syarikat dengan syarikat yang lain, bergantung kepada saiz, budaya, dan struktur syarikat.

Di syarikat besar, CEO biasanya memberi fokus kepada keputusan strategik peringkat tinggi serta merancang pertumbuhan jangka panjang syarikat, contohnya, merangka strategi perniagaan dan menentukan hala tuju pengurusan atasan.

Manakala di syarikat kecil, CEO sering lebih terlibat secara langsung dalam operasi harian seperti menyertai proses pengambilan pekerja atau membantu dalam projek kecil syarikat.

Chief Operating Officer (COO)

Jawatan Chief Operating Officer (COO) atau Ketua Pegawai Operasi ialah individu yang bertanggungjawab ke atas keputusan pentadbiran dan operasi syarikat. COO lazimnya melapor secara langsung kepada CEO.

COO dianggap sebagai orang nombor dua dalam hierarki organisasi, selepas CEO. Dalam sesetengah syarikat, COO juga dikenali sebagai naib presiden eksekutif atau pengarah operasi.

Tugas utama COO ialah melaksanakan rancangan perniagaan syarikat mengikut model dan struktur yang telah ditetapkan. CEO lebih menumpukan perhatian kepada strategi dan visi jangka panjang, manakala COO menumpukan kepada pelaksanaannya.

Dalam erti kata lain, CEO merancang, manakala COO melaksana. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika seorang COO mempunyai kemahiran teknikal yang lebih mendalam berbanding CEO.

Chief Financial Officer (CFO)

Chief Financial Officer (CFO) atau Ketua Pegawai Kewangan ialah eksekutif yang bertanggungjawab ke atas segala aspek kewangan syarikat. CFO dalam masa yang sama juga dikenali sebagai pengarah kewangan.

Tugas utama CFO ialah memantau aliran tunai, merancang kewangan, dan menganalisis kekuatan serta kelemahan kewangan syarikat, di samping mencadangkan tindakan pembetulan jika perlu.

BACA: Maksud Gred “CEFR” Dalam Slip Keputusan SPM

Peranan CFO hampir sama seperti bendahari. CFO bertanggungjawab mengurus jabatan kewangan dan perakaunan serta memastikan semua laporan kewangan adalah tepat dan disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Chief Marketing Officer (CMO)

Menurut Market Business Review, Chief Marketing Officer (CMO) atau Ketua Pegawai Pemasaran ialah eksekutif yang bertanggungjawab dalam aspek pemasaran dan pengiklanan syarikat.

Di sesetengah syarikat, CMO turut dikenali sebagai pengarah pemasaran. Namun, pakar pengurusan dan pemasaran menyatakan bahawa peranan CMO adalah lebih luas berbanding pengarah pemasaran biasa kerana ia merangkumi strategi, penjenamaan, dan komunikasi korporat secara keseluruhan.

Chief Technology Officer (CTO)

Chief Technology Officer (CTO) atau Ketua Pegawai Teknologi ialah eksekutif yang bertanggungjawab terhadap keperluan teknologi organisasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sebagai individu yang memegang jawatan tertinggi dalam bidang teknologi syarikat, tugas CTO termasuk mengetuai jabatan teknologi atau kejuruteraan secara keseluruhan. Oleh itu, jawatan ini menuntut tahap tanggungjawab, kepakaran, dan kelayakan teknikal yang tinggi.

Sumber: Muhammad Marwan, Kompas