Bila sebut pasal memancing, pastinya ramai membayangkan seseorang yang lengkap dengan topi, baju santai dan peralatan memancing.
Namun, lain pula ceritanya dengan sekumpulan lelaki ini yang tampil bergaya dengan sut lengkap sehingga mengundang perhatian ramai.
Buat ‘kerja gila’ pakai sut turun memancing
Menerusi hantaran @parkeast89 di Threads, dia berkongsi beberapa gambar yang memaparkan kelainan tersebut ketika memancing bersama rakan-rakannya di Unjam dan Karang Pulau Pinang.



“Apa kerja gila hangpa pernah buat masa pergi mancing? Ni kerja gila kami,” katanya.
Menurutnya kepada SK, idea itu tercetus daripada tekong bot yang dikenali sebagai Khairul Nua.




“Idea ni tercetus dari kapten (sut putih), orang cakap kat dia geng mengail ni hobi orang-orang miskin je, marah dengan kata-kata tu, kami bergaya la macam CEO,” katanya lagi.
Lelaki itu berkata dia selalunya akan pergi memancing bersama lima hingga enam orang lagi rakan-rakan yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat mereka dan dalam masa yang sama berseloroh agar mereka tidak 'kumpau'.
“Korang dah la lari dari meeting, pastu post kat sini..Naya pak abu”
“Pakai macam ni tapi dapat ikan duri je memang naya bang”
“Aje giler ikan naik atas bot tengok orang kerajaan tengah mancing... hahaha”
“Nampak macam student nak buat presentation je”
“Baju orang kaya...ikan mesti jenis ikan kaya-kaya juga dapat ni”
Apa-apa pun, bukan selalu kita dapat tengok orang turun memancing dengan pakaian seperti pergi mesyuarat penting.
Walaupun nampak luar biasa, pastinya pengalaman ini menjadi antara kenangan manis yang sukar dilupakan mereka.


