Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan SpaceX, Elon Musk, menyatakan kesediaannya untuk mengambil Jensen Huang bekerja sekiranya beliau kehilangan jawatan di Nvidia.
Menerusi satu hantaran di X, seorang pengguna dengan nama akaun @zerohedge mencadangkan supaya Musk mengambil Huang bekerja dengannya.
Musk kemudian membalas hantaran tersebut dengan berkata bahawa beliau berbesar hati sekiranya berpeluang mengambil Huang bekerja.
“Ia satu penghormatan,” tulis Musk ringkas.
Elon Musk Sedia 'Ambil' Jensen Huang

Kenyataan itu muncul selepas media melaporkan bahawa Lembaga Pengarah Nvidia dilaporkan sedang mempertimbangkan masa depan Huang sebagai ketua syarikat berkenaan.
Laporan itu menyusul selepas Huang berdepan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya dengan dua wanita berbeza.
Salah seorang wanita yang dikaitkan dengannya ialah Alice Huang, seorang eksekutif di syarikat pusat data berpangkalan di Singapura, Megaspeed.
Pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) turut mengesyaki wanita berkenaan mempunyai kaitan dengan perisikan China.
Dalam laporan berasingan, The New York Times mendakwa Huang turut menjalin hubungan sulit dengan Kimberly Powell, Naib Presiden Nvidia bagi bahagian penjagaan kesihatan yang melapor secara langsung kepadanya.
Ketika hubungan sulit yang didakwa itu berlaku, Huang dan Powell masing-masing sudah berkahwin dengan individu lain.

