Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Legenda Ganti Legenda,” Trump Kata Tim Cook Layak Jadi CEO Baharu Nvidia

Trump
Kredit: AFP

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis mencadangkan agar bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook, menggantikan Jensen Huang sebagai CEO Nvidia.

Ia susulan peletakan jawatan Huang selepas pendedahan mengenai dua hubungan sulitnya, termasuk dengan seorang wanita yang didakwa menjadi perisik China.

Trump cadang Tim Cook jadi CEO Nvidia

“Selepas CEO Nvidia, Jensen Huang, yang telah menjalankan tugas dengan sangat cemerlang, meletakkan jawatan, hanya ada seorang individu yang layak menggantikannya, iaitu Tim Cook dari Apple.

“Seorang legenda menggantikan seorang legenda!” kata Trump, yang mempunyai hubungan rapat dengan Huang, menerusi platform media sosial Truth Social miliknya.

Terdahulu, meletakkan jawatan sebagai CEO Nvidia pada Khamis, sekali gus menamatkan kepimpinannya selama 33 tahun di syarikat gergasi kecerdasan buatan (AI) itu.

Lembaga pengarah syarikat itu memaklumkan bahawa Huang telah meletakkan jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif dan ahli lembaga pengarah, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Nvidia, Colette Kress, akan memangku jawatan CEO sementara meneruskan tanggungjawabnya dalam bahagian kewangan.

Sementara itu, lembaga pengarah akan mempertimbangkan calon dalaman dan luaran bagi mengisi jawatan tersebut secara tetap.

Pemergian Huang, yang merupakan antara tokoh utama dalam memacu perkembangan pesat teknologi AI, turut menyebabkan Nvidia kehilangan pemimpin pengasasnya ketika industri berkenaan berada dalam fasa penting.