Siakap Keli

Makan Aiskrim Vanilla Boleh Sembuhkan Sakit Tonsil? Baca Penjelasan Doktor Ini

Mesti ramai yang pernah dengar kan orang cakap makan aiskrim vanilla dapat sembuhkan sakit tekak atau tonsil. Tips ini sangat terkenal dan ramai yang telah mencubanya. Ada yang berkesan dan ada pula yang berulang kali makan, sakit tekak tak juga hilang-hilang.

Sejauh manakah kebenarannya? Adakah betul tips ini atau hanya mitos semata-mata? Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita baca penjelasan daripada Doktor Rahim ini. Semoga bermanfaat buat semua.

“Betul ke makan AIS KRIM VANILLA BOLEH menyembuh penyakit TONSILLITIS?”

Buka Mulut anda luas-luas. Mai doc torch tengok. Tudiaaaaa Bengkaknya TONSIL anda. Doc acah je.

1. Tonsil sebagai bodyguard

Tonsil sebagai bopdyguard diciptakan Allah di bahgian tepi kerengkong ( kanan & kiri ) sebagai bodyguard semulajadi dan punyai sistem imum/pertahanan untk melindungi tubuh doc/anda dari beragam infeksi yg masuk melalui mulut kita.

Kalau ada infeksi virus atau kuman di tekak kita, sistem limphatik tonsil akan activate, membengkak dan radang untuk melawan infeksi tersebut. Keadaan ini di panggil TONSILLITIS.

2. Tonsil disebabkan virus atau bakteria

Jika infeksi di tonsil disebabkan virus ( Epstein Barr, Adenovirus, Measles), tonsil tu bengkak dan sakit je. Kalau infeksi disebabkan bakteria, tonsil tu bengkak, sakit dan BERNANAH.

3. Kanak-kanak selalu kena

Gang yang kerap kena TONSILLITIS ialah kanak-kanak antara 2-15 tahun. Tak kecuali gang doc yang veteran di mana pertahanan badan dah mula menurun.

4. Info doc nak share bila anak cucu kita/kita dijangkiti TONSILLITIS :

a. Sakit tekak teramat sangat sebab bengkakan TONSIL.

b. Demam tinggi ON & OFF.

c. Sakit kepala, sakit badan, urat sendi dan bini urut pun tak baik… monyok dan letih selalu.

d. Suara ROCK atau HILANG SUARA.

e. Mulut bau busuk, kena spray minyak wangi lebih-lebih sikit.

f. Bini suruh tidur luar. Padan muka sebab BERDENGKUR sampai bergetar bumbung rumah. Bini nak tidur ganggu.

g. Ada bengkakan gelendir/Lymph Node di leher.

5. Nota yang perlu DIAMBIL BERAT oleh mak bapa kalau anak kena TONSIL. Don’t play-play ye!

Tonsil mudah baik jika di rawat awal. Kalau biar komplikasinya amat BAHAYAkan diri pesakit :

a. Kuman tonsil ni boleh masuk ke dalam saluran darah = SEPTECEMIA ke otak. Maka kita KO le.

b. Tonsil boleh akibatkan sakit BUAH PINGGANG (Acute Glomerulonephritis) dan Rheumaik Fever & gangguan JANTUNG!

c. SLEEP APNEA = Penyakit terhenti bernafas dengan tiba-tiba disebabkan bengkakan tonsil…. harap-harap dapat nafas kembali. Kalau tak….

6. Rawatan Tonsillitis.

a.Ubat hisap Lozenges atau kumur Thymol Gargle untk reda sakit/keradangan kerengkong.

b. Papase/Peptidase untuk kurangkan bengkakan tonsil.

c. Tahan sakit kerengkong dengan Paracetamol atau Ibuprofen.

d. Kalau infeksi tonsil bernanah kerana kuman, di beri Ampicillin, Amoxillin, Cephalaxin atau Erytromysin. Ada yang ambil Augmentin.

e. Kalau tonsillitis kerap berulang dan bengkak menutup ruang tekak elok bedah je, TONSILLECTOMY.

7.MITOS/KEPERCAYAAN RAMAI

Ais krim TAK boleh menyembuhkan TONSILLITIS. Ais krim hanya mereda sedikit kesakitan kerengkung dan diberi kepada kanak-kanak yang hilang selera makan kerana tonsilitis supaya mereka ada tenaga.

Tak kisah ais krim Vanilla, Coklat, Strawberry dan lain-lain. Ada ais krim yang memburuk lagi TONSILLITIS kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Sebenarnya ais krim diberi kepada pesakit selepas TONSILS mereka dikeluarkan dalam pembedahan TONSILECTOMY!! Ia membantu menghentikan pendarahan akibat luka yang disebabkan oleh pembedahan tu.

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

2 komen

  • Assalamualaikum, menarik sebenarnya artikel mengenai tonsil ini. Tetapi lebih baiknya jika diletakkan rujukan bagi setiap fakta atau info yg diberikan supaya pembaca dapat mengetahui kesasihan bagi setiap info/fakta yang diberi. Sekian, terima kasih.

    • Waalaikumsalam. Terima kasih Tuan akan maklum balas. Artikel ini diambil daripada perkongsian penulis asal seorang doktor yang berkelayakan. Terima kasih.

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di