Siakap Keli

Nak ‘Baca’ Perangai Orang? Tengok Katil Dia Kemas Atau Tidak

Mengemas ruangan tidur anda. Nampak remeh, namun memberi impak dalam kehidupan. Boleh dikatakan tahap kebersihan dan sikap seseorang individu itu dapat dinilai melalui bilik tidur dan kebersihan tandas terutamanya. Hal ini kerana dua tempat tersebut ialah sebuah bilik privasi yang boleh mencerminkan keperibadian seseorang itu.

Tahukah anda, sebenarnya anda dapat ‘membaca’ personaliti seseorang dari cara mereka mengemas bilik tidur. Kalau anda suka membiarkan katil bersepah atau hidup dalam keadaan yang tidak kemas, mungkin ini sebenarnya sikap anda. Kalau katil bersepah itu, anda faham-fahamlah sendiri !

1) Tidak teratur

Orang yang tidak mengemas katil berkemungkinan seorang yang tidak teratur dalam hidupnya. Anda dikatakan mempunyai gaya hidup yang tidak ‘organized’ atau tidak mempunyai perancangan dalam melakukan sesuatu. Anda juga seringkali  keliru dan cuai dalam melakukan sesuatu walaupun perkara remeh.

Dari bilik tidur hingga ke rumah. Rumah anda selalunya berada dalam keadaan tidak kemas dan sepah. Jadi, kalau katil anda sudah tidak teratur, pasti orang dapat membaca bagaimana gambaran seharian rumah anda.

2) Tidak peduli tentang apa yang akan berlaku

Seperti ‘point’ pertama, sikap mengatur jadual dan masa dalam melakukan sesuatu bukanlah menjadi kemestian. Tapi anda suka dengan cara tersebut. Lebih mudah anda ini seorang yang ‘follow the flow’ dan tidak ingin mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. Ikut saja keadaan dan tiadk ada perancangan.

 

 

3) Mudah sress

Orang yang cenderung kepada persekitaran yang bersih, kehidupannya lebih tenang. Jika sebaliknya, anda akan mudah mengalami tekanan. Bayangkan, seawal celik mata pun anda boleh hidup dengan keadaan yang tidak kemas, bagimana fikiran anda akan menjadi tenang?

Ini menunjukkan anda seorang yang serabut dan berfikir banyak benda dalam satu perkara. Hidup dalam keadaan ruang yang terurus menyebabkan anda lebih tenang dan kurang stress. Jadi kalau anda rasa terlalu stress, cuba ubah gaya hidup anda menjadi lebih kemas, mungkin boleh membantu !

4) Sukar membuat keputusan

Tempat yang tidak kemas dan teratur memberi petunjuk bahawa anda mempunyai masalah dalam membuat keputusan. Secara ringkas, bila anda tinggal dalam keadaan yang bersepah, fikiran anda menjadi tidak tenang dan mudah stress seperti ‘point’ nombor tiga. Bila fikiran terganggu, pastinya sukar untuk membuat keputusan dalam kehidupan seharian !

5) Kurang pandai mengatur masa

Waktu pagi sememangnya adalah waktu yang paling stress. Manakan tidak, anda yang seringkali bangun lewat mesti ‘struggle’ kan untuk mengatur masa ke tempat kerja. Bila bangun lewat, faham sahajalah ada yang tidak sempat untuk dilakukan.

Anda sebenarnya tidak bijak dalam mengatur masa. Pengurusan masa pada waktu pagi adalah yang paling suntuk dan membuatkan ramai kelam-kabut. Namun jika anda seseorang yang tenang, teratur dan bijak tentang kira-kira masa tidak menjadi masalah untuk membuat tugasan ringan dahulu seperti mengemas katil.

Sumber : Bustle

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.