Siakap Keli

Tarikan Baru Thailand, Gua Tham Luang Bakal Dijadikan Muzium Jana Peluang Ekonomi Baru

Gua Tham Luang, kompleks gua dimana 12 pemain bola sepak sebuah akademik bersama-sama jurulatihnya terperangkap selama 17 hari bakal dibangunkan menjadi sebuah muzium bagi membolehkan pelancong mendapatkan maklumat mengenai operasi menyelamat tersebut, kata Ketua Operasi Penyelamat pada Rabu.

Dua penyelam berbangsa British menjadi individu pertama yang berjaya mengesan kedudukan kesemua mangsa, sembilan hari selepas mereka dilaporkan terperangkap.

Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dalam operasi yang berlangsung selama tiga hari, berakhir pada Selasa lalu. Sekurang-kurangnya seorang mangsa iaitu anggota penyelam penyelamat terkorban ketika terlibat dalam operasi tersebut.

”Kawasan ini akan dibangunkan sebagai sebuah muzium, untuk berkongsi bagaimana operasi ini dilaksanakan.

”Alatan digital akan dipasang disini. Ia bakal menjadoi tarikan baru di Thailand,” kata Narongsak Osottanakorn kepada media.

Menurutnya lagi, tragedi yang menimpa mangsa dan usaha menyelamat yang melibatkan beberapa negara besar menjadikan lokasi tersebut menjadi tumpuan utama dunia ketika ini. Jadi, mereka merancang untuk membangunkan kawasan ini menjadi destinasi pelancongan.

Bagaimanapun Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha pada Rabu mengarahkan jabatan yang terlibat agar memastikan gua tersebut selamat untuk dikunjungi pelancong terlebih dahulu sebelum ia dibangunkan menjadi destinasi popular.

Penduduk tempatan sebelum ini dilaporkan memberitahu media bahawa mereka menyedari bahawa gua tersebut sering dimasuki air dan pernah meminta pihak berkuasa meletkkan papan tanda amaran yang lebih jelas.

Pihak berkuasa juga memaklumkan bahawa gua tersebut akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis, namun enggan mendedahkan berapa gua tersebut bakal ditutup.

Selain itu, gua tersebut juga mempunyai tarikan lain antaranya dikaitkan dengan alam ghaib. Nama penuh gua tersebut, Tham Luang Nang Non bermaksud ”Gua Wanita Berbaring”

Menurut lagenda setempat, dikatakan seorang puteri raja yang cantik lari bersembunyi di gua tersebut bersama kekasihnya, seorang rakyat biasa. Ayahnya yang berang dengan tindakan tersebut telah menghantar sepasukan askar yang diarahkan untuk membunuh lelaki tersebut, hingga memaksa puteri tersebut membunuh diri kemudiannya.

Berdsarkan pemerhatian dari luar, dapat dilihat gunung dimana lgua tersebut berada berbentuk seolah-olah badan seorang wanita.

Sumber : Reuters

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.