Cirit-birit merupakan penyakit utama yang sering menjangkiti kanak-kanak selain daripada demam, selesma dan batuk. Cirit-birit ini membawa maksud membuang air besar yang lebih berair dan cair daripada biasa. Penyakit ini akan membuatkan badan kita mengeluarkan najis lebih kerap daripada biasa.
Penyakit ini seringkali berpunca daripada makanan atau air yang tercemar dan akhirnya menyebabkan jangkitan pada usus kita. Sekiranya kanak-kanak mula makan pelbagai jenis makanan, mereka akan berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Meskipun kebiasaanya cirit-birit ini akan sembuh dengan sendirinya tanpa mendatangkan komplikasi yang lain, kita tetap harus sentiasa berwaspada dengan keadaan anak yang sedang dijangkiti penyakit ini supaya tidak menjadi lebih parah.
Bagaimanapun, ibu-bapa yang sedang melalui situasi ini, usah panik kerana entri kali ini akan berkongsi tips yang ditulis oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman Facebooknya mengenai perkara yang perlu dibuat apabila anak anda mengalami cirit-birit.
Mari baca dan semoga bermanfaat untuk semua!
APA PERLU BUAT APABILA CIRIT BIRIT?
Beberapa perkara ibu bapa perlu ambil perhatian apabila anak anda mengalami masalah berak-berak atau cirit birit.
Apa perlu lakukan?
- Pastikan anak mendapat cukup air dan tidak alami dehidrasi.
- Perhatikan keadaan anak. Apabila kerap mengalami muntah berulang-berulang, jangan biarkan sahaja.
- Selalu perhatikan pampers anak. Kerap membuang air dan tidak kerap menukar lampin boleh menyebabkan masalah lain seperti ruam pada kawasan membuang najis.
- Bagi bayi yang masih menyusu badan ‘fully breastfeeding’, teruskan pemberian susu badan seperti biasa. Jangan sesekali dihentikan.
- Jangan terus beli ubat di kedai atau farmasi tanpa pemeriksaan doktor.
- Bawa ke klinik atau hospital sekiranya masalah anak anda berterusan dan disertai masalah seperti sakit perut, muntah dan demam.
Sumber- Dr Ezairy M. Sallih