Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hector Bidoglio Sah Tinggalkan JDT

Iqbal Yasir
Hector Bidoglio Tinggalkan JDT
Gambar: Bernama

Hector Bidoglio Sah Tinggalkan JDT

KUALA LUMPUR — Teka-teki mengenai Hector Bidoglio sebagai Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) musim hadapan akhirnya terjawab selepas skuad Harimau Selatan mengesahkan jurulatih kelahiran Argentina itu dilepaskan.

JDT dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan terima kasih terhadap Hector atas komitmen tidak berbelah bahagi dan khidmat yang diberikannya kepada kelab.

“Hector menyertai JDT sebagai ketua jurulatih pada pertengahan musim 2022 sebelum menjawat peranan pengarah teknikal pada 2023, dan kemudiannya kembali sebagai ketua jurulatih untuk musim 2024-25 di mana JDT memperoleh kejuaraan ‘quadruple’,” maklum JDT.

Antara kejayaan Hector sepanjang bersama JDT adalah memenangi dua gelaran Liga Super Malaysia, dua Piala FA, dua Piala Malaysia dan satu Piala Sumbangsih serta kekal tanpa tewas dalam semua pertandingan domestik.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan beliau,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan lain, JDT turut memberitahu akan mengumumkan ketua jurulatih baharu sebagai antara usaha kelab untuk terus meningkatkan standard dan meneruskan tradisi kejayaan memenangi piala.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers

BACA: Lagu ‘Negaraku’ Gagalkan Cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin Menyamar