Siakap Keli

Tiba-Tiba Lumpuh Tak Boleh Bercakap, Ibu Terjumpa Kutu ‘Kenyang’ Atas Kepala Anak

Jessica Griffin, ibu kepada Kailyn, kanak-kanak yang dikatakan lumpuh dan tidak boleh bercakap sebaik seekor kutu yang sudah kenyang dijumpai melekat dibahagian atas kulit kepala anaknya.

Kailyn kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor telah mengesahkan bahawa keadaan Kailyn disebabkan oleh kandungan toksin yang menyerap kedalam badannya berpunca daripada air liur kutu berkenaan.

Toksin ‘neurotoksin’ tersebut telah menyerang sistem tubuh badan anaknya sehingga menyebabkan Kailyn mengalami lumpuh dan tidak mampu bercakap dalam masa yang singkat.

Menurut doktor itu lagi, kutu anjing antara parasit yang menyebabkan gejala seperti ini.  Jangkitan parasit ini menyebabkan simpotom seperti ruam dan selesema yang boleh merebak hingga ke sendi dan sistem saraf jika tak dirawat dengan cepat.

Sumber: Buzz Feed

Nur Farra