Siakap Keli

(Video) Dua Budak Lelaki Kejutkan Netizen Main ‘Sorok-Sorok’ Luar Tebing Bangunan Tingkat 33

Dua orang kanak-kanak dirakam sedang bermain sorok-sorok di tebing luar sebuah bangunan tingkat 33 di mana mereka kelihatan langsung tidak takut akan bahaya yang mungkin mengundang maut.

Rakaman video tersebut dikatakan diambil daripada salah sebuah pangsapuri di bandar Lanzhou, China.

Kanak-kanak itu dilihat keluar daripada tingkat pangsapuri itu dan mula menyusuri tebing kecil bangunan tanpa sebarang perlindungan.

“Mereka tak sedar perbuatan itu sangat bahaya”, kata seorang wanita yang mendakwa sebagai pengurus hartanah bangunan terbabit.

“Kami benar-benar terkejut.  Nasib baik mereka selamat dan tiada apa yang teruk berlaku.”

Pihak pengurusan bangunan terbabit dikatakan telah bercakap dengan ibu bapa mereka dan memberi amaran untuk tidak membiarkan anak-anak mereka tanpa pengawasan rapi.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra