Siakap Keli
GENTING HIGHLAND, July 13 -- Former England Football Player Paul Scholes (right) and Robbie Fowler (left) during Press Conference after Meet and Greet Session at Genting Football Fever 2018 in Conjuction with the World Cup 2018 at SkyAvenue Genting Highland today. --fotoBERNAMA (2018) COPYRIGHT RESERVED

Scholes, Fowler Kritik Penggunaan Sistem VAR Dalam Piala Dunia

Bekas pemain bola sepak antarabangsa England, Paul Scholes dan Robbi Fowler melahirkan rasa kurang senang mereka ke atas penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Piala Dunia 2018 di Rusia.

Legenda Manchester United, Scholes berkata VAR adalah satu sistem baharu yang boleh mengelirukan pemain dan peminat mengenai bagaimana sebenarnya ia digunakan.

“(RAV bola sepak) tidak seperti ragbi atau kriket yang mana anda boleh mencabar keputusan yang dibuat pengadil,

Mungkin jika setiap pasukan dibenarkan membuat dua cabaran dalam setiap separuh masa permainan dan anda merasakan pengadil melakukan sesuatu yang tidak betul, mungkin ia lebih boleh diterima,” katanya kepada Bernama dalam temu bual ekslusif di Genting Resort, di sini hari ini.

Piala Dunia 2018 adalah kejohanan utama bola sepak antarabangsa yang julung kali menggunakan sistem video pengadilan baharu, VAR.

Empat pengadil mengendalikan bilik operasi video dan mengikuti perlawanan secara langsung dari stadium selain daripada 33 kamera dan dua kamera khusus untuk menentukan ofsaid yang secara teori memberikan segala sudut yang mereka perlukan.

Pengadil boleh berhubung terus dengan pasukan VAR menerusi mikrofon radio mereka.

Berkongsi pandangan yang sama, legenda Liverpool , Fowler yang menggambarkan beliau bukanlah peminat kepada sistem itu.

“Bola sepak adalah permainan yang penuh dengan sentuhan dan pemain tidak boleh melarikan diri daripada melakukan faul. Jika di dalam kotak penalti pengadil merujuk kepada VAR untuk membuat keputusan. Saya tidak fikir ia adil.

Apabila pengadil merujuk kepada video, VAR akan memaparkan ulang tayang aksi perlahan tetapi dalam situasi sebenar ia bukan begitu dan tidak adil untuk mengadili apa yang sebenarnya berlaku menerusi video,” katanya.

VAR hanya boleh digunakan untuk empat keadaan di dalam perlawanan iaitu bagi menentukan gol, penalti, kad merah dan kes salah identiti.

Perlawanan pertama menyaksikan keputusan utama VAR dalam Piala Dunia 2018 semasa perlawanan Kumpulan C antara Perancis dengan Australia pada 16 Jun lepas, dengan Perancis mendapat satu sepakan penalti menerusi rujukan VAR. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)