Siakap Keli
PUTRAJAYA, 3 Dis -- Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika ditemubual di pejabatnya semalam. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Ya Atau Tidak,” Khairy Soal Kerajaan Tentang Janji 100 Hari, Tangguh Bayar Hutang PTPTN

Pagi tadi telah berlangsung persidangan pertama di Dewan Rakyat selepas Kerajaan baharu dibentuk yang memperlihatkan buat kali pertama Barisan Nasional duduk di bahagian pembangkang dan Pakatan harapan duduk di bahagian kerajaan.

Sesi pertama berlangsung pagi tadi adalah sesi soal jawab dimana pihak pembangkang perlu bertanyakan soalan dan pihak kerajaan perlu menjawab.

Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah bertanyakan soalan kepada Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik tentang manifesto kerajaan PH yang menyatakan bahawa PTPTN perlu dibayar selepas peminjam menerima gaji RM4000 ke atas.

YB Khairy berpendapat perkara itu tidak relevan kerana PTPTN akan menghaapi masalah untuk memberikan pinjaman keada peminjam yang baharu jika peminjam tidak membayar hutang secara ansuran.

Berikut adalah kenyataan YB Khairy Jamaluddin menerusi akaun Facebook beliau selepas persidangan berlangsung.

Pagi tadi di Parlimen saya telah tanya Menteri Pendidikan berkenaan status salah satu janji 100 hari Pakatan Harapan iaitu menangguhkan pembayaran PTPTN sehingga gaji peminjam mencecah RM4 ribu sebulan.

Saya tanya samada kajian telah dibuat berkenaan tempoh purata yang diperlukan siswazah untuk mencapai gaji RM 4 ribu sebulan. Dan berdasarkan kajian itu unjuran tanggungan kewangan bagi PTPTN dan kerajaan untuk melaksanakan janji tersebut.

Ini kerana jika ramai peminjam menangguh bayaran, PTPTN terpaksa meminjam duit untuk diberi kepada pemohon-pemohon baharu. Pinjaman ini pula dijamin oleh kerajaan dan akan menambah contingent liability yang dikhuatiri Menteri Kewangan.

Dan akhirnya saya tanya “yes or no” samada janji ini akan dilaksana dalam tempoh berbaki 100 hari. Jawapan dari Menteri (lebih kurang): “Kajian berterusan akan dilaksanakan.”

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)