Siakap Keli

Makin Dia Pulas Tangan Saya, Makin Saya Sebak ! Ini Sebab Suami Wajib Tengok Isteri Bersalin

Proses melahirkan cahaya mata sama seperti bertarung dengan hidup dan mati. Disebabkan itulah, darjat seorang ibu diangkat begitu tinggi kerana jasa dan pengorbanannya yang tak terbalas. Mereka sanggup menahan kesakitan yang sama walau berkali-kali demi zuriat pada keluarga.

Itu belum masuk lagi alahan yang terpaksa ditanggung selama 9 bulan mengandung. Sebagai suami,  pasti kita merasakan simpati melihat isteri melalui semua itu. Namun, simpati saja tidak cukup. Teman isteri anda bersalin, gengam tangannya, kesat air mata yang tumpah, dengar jeritannya menahan sakit.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini diharap dapat dijadikan renungan buat semua suami. Kenapa perlu teman isteri anda di waktu getir begini? Ini alasannya !

Kenapa Saya Tengok Isteri Bersalin?

Ni gambar tangan saya yang baru dipulas pulas dan diremas remas oleh isteri yang sedang bertarung di dewan bersalin. Ya Rabbi! Sakit!

Tapi entah kenapa makin dia pulas pulas dan remas tangan saya ni, saya jadi makin sebak dan bahagia.

Setiap kali saya nampak matanya terpejam menahan sakitnya kontraksi, makin saya hulur tangan saya ni. Pulas-lah! Remas-lah! Gigit-lah sayang!

Asalkan ia boleh mengurangkan kesakitan sayang! Tapi hakikatnya tak berkurang pun. Dia tetap bertarung dengan kesakitan tu sendirian.

Habis tu, kenapa saya berdegil juga nak tengok sendiri proses isteri saya bersalin tu??

Saya nak bagi ’emotional support’ pada isteri saya sebenarnya. Walaupun saya tak mampu nak bagi painkiller pada jasadnya tetapi kehadiran saya tu sendiri adalah painkiller pada emosinya.

Saya nak tingkatkan Empati diri saya juga sebenarnya. Simpati semata-mata tak cukup. Ada masanya lelaki macam saya ni terlalu sibuk. Kesibukan terlampau boleh butakan mata hati kita sendiri sebenarnya.

Tanpa empati, saya takkan boleh rasakan keletihan dan kesakitan isteri saya yang menjaga anak anak saya ketika saya jauh daripada rumah.

Saya juga nak bantu isteri saya ketika dalam dewan bersalin tu. Alhamdulillah semalam sempat juga la saya ‘wudhukkan’ dan bantu isteri saya solat Zuhur beberapa minit sebelum dia bersalin.

Saya juga bertanggungjawab nak bagi ‘physical support’ pada isteri saya masa kat dalam tu. Bayangkan masa tu isteri saya boleh nak gigit jari dia sendiri. Hampir berdarah jarinya! Mujur saya gantikan tangan dia dengan tangan saya!

Masa tu isteri saya tengah mengalami ’emotional hijacking’ akibat kesakitan melampau. Dia dah tak boleh fikir rasional dah masa tu.

Saya sebagai suami la yang kena bantu. Tu la kenapa kami dicipta berpasangan. Untuk saling membantu dan melengkapkan!

p/s : Tolong sebarkan mesej ni pada semua suami di luar sana ye. Semoga cinta dan kasih sayang suami dan isteri kita semua semakin subur

p/s : Klik je link ni ye kalau nak belajar ilmu mendidik anak dengan lebih mendalam ? t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Doktor Taufiq Razif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.