Siakap Keli

Penularan Berita Palsu Kematian Putera Philip Buat Ratu Elizabeth Berang

Penularan berita palsu mengenai kematian Putera Philip di laman Twitter membuatkan isterinya, Ratu Elizabeth berang.

Nama Putera Philip menjadi trending di laman twitter pada Jumaat lalu sebelum Istana Buckingham menerima banyak panggilan dari pihak yang ingin mengesahkan tentang berita tersebut.

Insiden penularan berita palsu tersebut dipercayai bermula apabila petugas istana bertanya khabar mengenai Putera Philip yang berusia 97 itu.

Sejurus mengetahui berita itu, Ratu Elizabeth menghubungi Duke of Edinburgh untuk membincangkan tindakan yang perlu dilakukan untuk memberhentikan penularan berita palsu itu.

Menurut sumber dari dalam istana, Ratu Elizabeth dan suaminya menganggap agak sukar untuk mereka menangani isu ini tetapi yang pastinya mereka berdua berasa sangat terganggu dengan berita itu.

Ketika kejadian, Ratu Elizabeth sedang menikmati percutiannya di Balmoral, manakala suaminya berada di Sandringham.

Selain itu, Ratu Elizabeth juga berpendapat tindakan menghebahkan berita palsu mengenai kematian seseorang,  adalah perbuatan yang mengaibkan.

Sumber- Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di