Siakap Keli

Ubat Gigi Boleh Menyebabkan Diabetes? – Kajian

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Universiti Texas, Amerika Syarikat (AS) mendapati titanium dioksida yang terdapat dalam ubat gigi menyokong kehadiran diabetes jenis dua.

Bagi membuktikan kajian tersebut, penyelidik di universiti tersebut menganalisis sampel kecil pankreas daripada 11 sukarelawan, kata artikel dalam jurnal Research Chemical in Toxicology.

Sebagai bukti, lapan daripadanya mengalami diabetes jenis dua dan titanium dioksida (E171) ditemukan dalam tubuh mereka.

Bagaimanapun, tiada kesan kimia dijumpai dalam tubuh tiga orang sukarelawan lain.

Penyelidik mengumumkan bahawa mereka menjangka akan mengulangi kajian berkenaan ke atas kumpulan sampel yang lebih besar.

E171 digunakan secara meluas dalam kosmetik dan industri makanan kerana keupayaannya memberikan warna putih kepada produk.

Berdasarkan laporan sumber, diabetes jenis dua adalah gangguan metabolik yang dicirikan oleh tahap gula darah tinggi.

Gejala klasiknya adalah dahaga yang berlebihan, kencing yang kerap dan kelaparan yang berterusan.

Sumber : Daily Mailplenglish.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.