Siakap Keli

Huawei Ubah Trend Warna Telefon Pintar Bagi Tahun 2018 Dengan Siri P20 Mereka

Masihkah anda ingat sewaktu anda ingin membeli telefon pintar tiga atau empat tahun terdahulu? Pasti kita akan bertanyakan kepada penjual telefon berkenaan spesifikasi dalaman, ketahanan bateri, kamera dan harganya sahaja bukan?

Boleh dikatakan asalkan spesifikasinya menepati citarasa dan harganya mengikut kemampuan kita, kita pasti akan terus menyambarnya tanpa berfikir panjang. Warna? Ada apa pada warna? Kalau bukan hitam, pasti peranti berwarna perak dan putih yang turut dijual.

Namun perkara itu nampaknya sudah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Warna peranti semakin diambil peduli dalam memilih telefon pintar untuk dimiliki. Lambakan pilihan warna dan reka bentuk yang cantik ditawarkan di pasaran ketika ini.

Malah, para pengeluar juga kini kian serius dalam menghasilkan peranti yang bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang menakjubkan, tapi peranti yang turut memiliki warna dan rupa paras yang memukau setiap anak mata yang memandang.

Bercakap mengenainya, pengeluar peranti dari China, Huawei telah meletakkan satu standard baru bagi rupa paras peranti pada tahun ini. Reka bentuk yang dihasilkan pada peranti P20 Pro dan P20 telah menjadi trend dan ikutan bagi pengeluaran telefon pintar pada tahun ini.

Huawei P20 Pro hadir dengan edisi istimewa Twillight disamping tiga lagi pilihan warna iaitu Midnight Blue, Black dan Pink Gold. Edisi Twillight ini sememangnya menjadi fenomena baru bagi industri telefon pintar untuk tahun 2018. Tiada peranti seumpamanya pernah dihasilkan sebelum ini.

Panel belakang yang hadir dengan pelbagai tona warna yang berbeza berjaya memikat hati ramai untuk memilikinya. Diinspirasikan oleh pengcahayaan Aurora yang sinonim dengan fenomena Northern Lights, penghasilan panel belakang yang menawan itu memerlukan usaha yang keras untuk dilaksanakan.

Pantulan cahaya yang dihasilkan akan memperlihatkan warna yang berbeza-beza sekiranya dipandang dari sudut yang pelbagai. Tiada peranti yang pernah hadir dengan reka bentuk dan rupa paras sedemikian sebelum ini. Di situlah letaknya keistimewaan Huawei P20 Pro ini berbanding peranti-peranti lain.

Huawei P20 juga tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak hadir dengan edisi Twillight seperti P20 Pro, variasi warnanya iaitu Midnight Blue, Black dan Pink Gold. Ya, Pink Gold. Satu warna yang jarang kita temui di pasaran hari ini dan Huawei mengambil langkah berani memperkenalkannya pada peranti kelas perdananya.

Tindakan itu ternyata berbaloi apabila warna yang dihasilkan adalah sangat cantik dan menawan. Walaupun warna merah jambu sinonim dengan wanita, kaum lelaki juga tidak terlepas dari dipukau oleh keindahan rupa paras peranti ini.

Huawei telah melakukan tugas yang sangat baik dalam memastikan model P20 tidak dianak tirikan berbanding P20 Pro. Mereka masih lagi memberikan sentuhan ekslusif kepada model ini bagi memperagakan reka bentuk moden dan elegan untuk menambat hati pengguna.

Sama seperti P20 Pro Twillight, model P20 Pink Gold ini turut hadir dengan beberapa tona warna yang berbeza pada panel belakangnya.  Sukar untuk menampilkan warna merah jambunya secara jelas ketika mengambil gambar, namun ia kesukaran yang kami suka untuk hadapi.

Dengan rupa paras sebegini, Huawei P20 Pro dan P20 pastinya tidak akan dapat dilupakan dengan mudah oleh mereka yang pernah melihatnya. Ia ibarat cinta pandang pertama, yang mana ia bermula dari mata dan akan jatuh ke hati. Pastinya akan wujud satu perasaan ingin memilikinya walaupun ia jauh di sudut hati mereka.

Percayalah, ia adalah dua peranti yang sama!

Tanpa menidakkan keindahan dan kecantikan yang ada pada model dengan variasi warna yang lain, Huawei telah membuat pilihan warna yang tepat dengan panel belakang yang menggunakan kaca serta aluminium di bahagian sisi peranti pada kedua-dua model ini.

Maka, tidak salah untuk kami nyatakan bahawa P20 Pro dan P20 keluaran Huawei ini akan menjadi tanda aras baru kepada mereka yang terlibat dalam industri telefon pintar pada tahun ini. Hadir dengan spesifikasi yang tinggi serta tiga kamera utama bagi P20 Pro terutamanya, ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi pesaing mereka untuk menyaingi kedua-dua model kelas perdana ini.

Ketika awal pemasaran kedua-duanya didagangkan pada harga RM 2599 bagi P20 dan RM3299 bagi versi Pro. Tidak lama selepas itu, ia diturunkan kepada RM2452 (P20) dan RM3112(P20 Pro). Kini ia sekali lagi menerima pengurangan harga dimana P20 ditawarkan pada harga RM 2299.

Bercakap mengenai kamera, Huawei sedang mengadakan satu pertandingan fotografi yang dinamakan sebagai Huawei Next-Image Awards. Pertandingan ini bermula sejak 13 Jun yang lalu, dan semua pengguna peranti Huawei boleh menyertainya dan perlu menghantar penyertaan selewat-lewatnya pada 31 Ogos ini.

Huawei Next-Image Awards yang pertama kali diadakan pada tahun 2017 ini bertujuan untuk membolehkan pengguna berhubung dengan dunia luar dengan cara baru serta meneroka keindahan generasi akan datang untuk fotografi dan videografi telefon pintar.

Setiap penyertaan yang dihantar akan dinilai terlebih dahulu sebelum pihak Huawei mengumumkan senarai pendek beberapa gambar terbaik pada 17 September, sebelum dinilai oleh 10 juri profesional bermula pada 20 September. Antara mereka yang terlibat ialah :

Selain itu, lima juri muda dari pelbagai latarbelakang turut terlibat dalam proses penilaian bagi memilih pemenang anugerah ini. Pemenang akan dipilih menerusi 6 kategori berbeza iaitu Good Night, Hello, Life!, Faces, Check-In, Timeline dan Story Board.

Senarai pemenang akan diumumkan pada 24 Ogos ini dan gambar yang dihasilkan oleh mereka akan dipamerkan pada Paris Photo Exhibition yang akan diadakan pada 8 November hingga 11 November nanti.

Bukan itu sahaja, para peserta juga akan berpeluang untuk memenangi $ 20,000(~RM 81,050) untuk Pemenang Utama, Huawei P20 Pro + Huawei MateBook X Pro untuk Pemenang Setiap Kategori dan Huawei P20 Pro untuk 50 Pemenang Tempat Kedua.

Untuk menyertai pertandingan Huawei Next-Image Awards ini, anda boleh mendaftar secara atas talian dengan melayari laman sesawang rasmi anugerah tersebut di Huawei Next-Image Awards.


salor30

Programmer. Musician. #YOLO