Siakap Keli
Processed with VSCO with a5 preset

Lama Dah Teringin Nak Pakai PANDORA, Inilah Masa Terbaik Untuk Beli Kerana Ada Potongan Sehingga 40%, Memang Cun Habis

‘Bang, dah lama saya teringin nak pakai PANDORA’, bisik isteri dalam hatinya.

Pernah terdetik dalam hati untuk memakai barangan kemas PANDORA tapi hajat tak kesampaian lagi? Sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda mengotakan impian itu kerana PANDORA sedang mengadakan potongan harga untuk barangan kemas mereka.

Menurut PANDORA, jualan promosi potongan harga akan bermula dari 27 Julai 2018 sehingga 5 Ogos 2017 dan potongan sebanyak 40% ke atas barangan terpilih akan diberikan jika anda membeli dalam tempoh tersebut.

Lagi berita baik, sekiranya anda sudah berdaftar ahli PANDORA, sebanyak 10% potongan tambahan akan diberikan bagi pembelian dari 27 Julai hingga 29 Julai. Tapi kalau anda masih belum mendaftar sebagai ahli, jangan risau kerana anda boleh mendaftar secara PERCUMA di mana mana butik PANDORA di Malaysia.

Si suami pun dah gaji kan? Jadi sekarang masa yang sesuai sangat untuk minta hadiah baru dari si tercinta.

Pelbagai jenis rekaan yang boleh anda pilih di PANDORA. Jika nak tengok semuanya boleh pergi ke laman Facebook PANDORA Malaysia tapi di bawah ni kami ada senaraikan beberapa barangan kemas yang kami sendiri rasa menarik.

Cincin

Nama Produk: Brilliant Allure

Harga: RM271 (Harga asal: RM451)

Rekaan yang ringkas dan padat tetapi tetap dengan penampilan glamour.

Anting-Anting

Nama Produk: Shooting Stars

Harga: RM186 (Harga asal: RM310)

Anting-anting ini sesuai untuk majlis khas dan kasual.

Rantai

Nama Produk: Floating Heart Locket

Harga: RM350 (Harga asal: RM583)

Mahu hadiahkan sesuatu bermakna untuk si dia? Jadikan rantai Floating Heart Locket ini sebagai pilihan. Rantai loket ini boleh dibuka dan diletakkan charm halus di dalamnya (seperti di bawah) untuk dijadikan rantai loket anda yang unik.

Charm

Nama Produk: Shooting Stars

Harga: RM214 (Harga asal: RM357)

Rekaan terakhir yang menjadi pilihan kami adalah charm Mickey and Minnie Sparkling Heart – sesuai dijadikan hadiah buat kanak-kanak dan remaja ataupun mereka yang gemarkan kartun Mickey Mouse.

Kesemua rekaan-rekaan diatas cuma sebahagian kecil sahaja dari rekaan-rekaan yang ada di PANDORA. Boleh ke laman Facebook PANDORA Malaysia jika anda mahu melihat sendiri rekaan-rekaan lain. Dan jangan lupa untuk mula bershopping di pada 27 Julai ini. 40% diskaun kot!

salor30

Programmer. Musician. #YOLO