Siakap Keli

Tidak Tahan Terus Dijadikan Hamba Seks, Bos Mafia Mati Ditikam Tiga Anak Sendiri

Tiga anak perempuan kepada ketua mafia membunuh bapa mereka sendiri berikutan tidak tahan terus dijadikan hamba seks di Moscow.

Kristina, 19, Angelina, 18, dan Maria, 17, didakwa atas tindakan membunuh ayah mereka, Mikhail Khachaturyan, 57, yang menjadikan anaknya sebagai hamba seksnya.

Menurut polis di Moscow, ketiga-tiga beradik itu mengaku bersama-sama membunuh  mereka selepas mayat Khachaturyan dijumpai dengan puluhan kesan tikaman di pangsapuri didiami keluarga tersebut.

Mereka turut mendakwa telah menjadi mangsa seksual bapa mereka yang dipercayai ketagih heroin selama bertahun-tahun.

Foto: Dailymail
Foto: Dailymail

Ketika kejadian, Khacaturyan dipercayai mengancam untuk mencederakan anaknya dengan pisau sebelum salah seorang dari mereka merampas pisau tersebut lalu menikam bapanya serta dibantu oleh dua yang lain.

Khachaturyan cuba melarikan diri sebelum meninggal dunia berdekatan lif berikutan diserang bertubi-tubi.

Rakan dan jiran Khachaturyan mendakwa lelaki itu amat zalim dan menyebabkan isterinya lari kerana tidak tahan didera.

Foto: Dailymail

Dia selalu memukul anak-anaknya. Malah dia juga pernah membawa mereka ke dalam hutan dan mengugut untuk membunuh mereka.

“Isterinya lari dari rumah dan dia menyekat semua komunikasi wanita itu dengan anak mereka.

“Lelaki itu dikaitkan dengan dunia jenayah, dia seorang bos mafia.

“Dia tidak pernah bekerja dan menerima beberapa bayaran melalui akaun bank,” ujar salah seorang rakan keluarga tersebut.

Sumber- Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di