Siakap Keli

Perompak Letak Nota Mohon Maaf Selepas Samun Jiran

Seorang lelaki meminta maaf secara lisan dan meletakkan nota permintaan maaf selepas memecah masuk dan merompak jirannya di sebuah pangsapuri Jalan Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata lelaki berumur 29 tahun itu memecah masuk rumah jirannya yang merupakan seorang guru wanita kira-kira pukul 4.45 pagi.

Katanya, mangsa berumur 28 tahun yang sedang tidur di ruang tamu rumah terjaga apabila terdengar bunyi bising sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menindih belakang badannya.

“Lelaki itu mengacukan pisau ke leher mangsa dan menyumbat kain ke dalam mulut. Suspek kemudian menghentak kepala mangsa dengan kuat sehingga menyebabkannya lemah dan hampir pengsan.

Apabila melihat keadaan mangsa lemah, lelaki itu memperkenalkan dirinya bahawa dia jiran sebelah rumah. Mangsa kemudian menyerahkan beg duit miliknya kerana takut dirinya diapa-apakan,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Menurut Mohd Ali, sebelum beredar melalui tingkap stor rumah terbabit, suspek memberitahu mangsa bahawa dia telah mengambil duit mangsa berjumlah RM1,400 serta meminta maaf dan memohon supaya mangsa tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Setelah lelaki itu beredar, mangsa mengemas rumah dan menjumpai satu nota permintaan maaf yang diletakkan lelaki terbabit di bahagian bawah pintu rumah mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang sedang bekerja supaya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, katanya.

Mohd Ali berkata polis berjaya menangkap suspek hari ini dan merampas wang tunai berjumlah RM1,400, pemotong dawai dan telefon bimbit milik suspek.

“Suspek ditahan reman selama lima hari mulai hari ini,”katanya sambil menambah mangsa telah dua tahun mengenali suspek sebagai jiran. – Bernama

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di