Siakap Keli

Tuah Durian Gergasi 18kg, Buah Masih Atas Pokok Tapi Sudah Dibida RM9,000 Sebiji

Seorang pemilik kebun durian di wilayah Tak, Thaiand telah melelong sebiji durian gergasi seberat 18 kilogram (kg).

Thanapon Chainok, 51, yang mempunyai kebun durian berkeluasan dua hektar di daerah Tak Prop Phra berkata, durian gergasi itu masih lagi belum gugur, tetapi dia menganggarkan berat durian itu sekitar 18 kg.

Thanapon berkata, dia membuka lelongan untuk buah gergasi itu bermula pada harga Bt10,000 (RM1,227) dengan tawaran tertinggi yang diterima setakat ini adalah pada harga Bt73,000 (RM8,958).

Proses lelongan itu akan berterusan sehingga 12 Ogos ini, katanya.

Chainok biasanya akan menjual durian di kebun miliknya pada harga Bt85 (RM10) setiap kilogram.

Sumber : The Nation

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.