Siakap Keli

Petisyen Solidariti Buat Dr. Ilyani Dilancarkan, Seramai 46,000 Individu Telah Tanda Tangan Setakat Ini

Setelah surat terbuka Dr. Ilyani kepada Marina mendapat perhatian ramai, kumpulan tersebut dikatakan menggesa tindakan tatatertib ke atas beliau selepas 2 aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).

Justeru itu, satu petisyen sebagai tanda solidariti terhadap beliau telah disebarkan untuk melindungi serta menyokong penuh suara Dr. Nur Ilyani terhadap ketidak-pengiktirafan golongan LGBT di Malaysia.

Petisyen yang digerakkan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) ditujukan kepada kerajaan agar tindakan tatatertib itu ditimbang semula sehubungan dakwaan pengiktirafan LGBT hanya akan memburukkan lagi jangkitan HIV di Malaysia.

Setakat hari ini, Isnin, 13 Ogos 2018, jam 11:44 pagi, 46,000 individu telah menandatangani petisyen berkenaan yang boleh diperoleh dengan melayari https://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html

Sebelum ini, Dr. Illani mencetuskan kontroversi apabila menulis surat terbuka melalui Facebook miliknya ‘menegur’ Marina mengenai isu LGBT.  Walaubagaimana pun, status tersebut telah dipadam oleh Facebook kerana pendirian Facebook yang tak membenarkan sebarang mesej berunsur anti LGBT.

Antara petisyen yang telah ditanda tangan.

Nur Farra