Siapa tidak kenal dengan pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, yang seringkali membawakan watak-watak sebagai ibu dalam kebanyakkan drama-drama tempatan. Namun kini, kelibatnya di kaca televisyen semakin berkurangan akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.
Malah beberapa portal berita tempatan sebelum ini turut melaporkan bahawa pelakon lagenda ini telah pun dimasukkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan sesak nafas, Sabtu lepas.
Ini bukanlah kali pertama pelakon veteran ini dimasukkan ke hospital, pada 2016, beliau juga pernah dimasukkan ke Hospital Jasin akibat jangkita kuman pada paru-paru dan jantung bengkak.
Namun pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Ratu Naga yang memuat naik satu rakaman video mengenai keadaan terkini yang dihadapi Wan Maimunah nyata mengejutkan, terutamanya buat mereka yang bergelar peminat dan pengikut industri hiburan tanah air.
Ketika ditanya mengenai bantuan yang diterimanya sepanjang beliau berada di hospital, Wan Maimunah mengakui ada menerima bantuan secara wang-off, bagimanapun tiada pihak yang tampil untuk membantunya untuk mendapatkan tawaran lakonan buat ketika ini.
Beliau turut menjelaskan sebelum ini turut menerima bantuan bulanan, walaupun jumlahnya tidak besar namun bersyukur kerana ia banyak membantu disepanjang keadaan kesihatannya tidak baik ini.
”Tengoklah keadaan, sebabnya kadang-kadang penat buat kerja, kadang-kadang tidak dapat bayaran, bukan produksi tapi production manager (tak bayar). Kalau dapat bayaran pun, ikut dapat bayaran ‘orang tua’ la,” dedah Wan Maimunah mengenai pengalamannya ketika diajukan soalan sama ada mahu menerima tawaran belakon sekiranya kembali sembuh nanti.
Beliau bagaimanapun memberitahu, merasa lebih selesa untuk meneruskan kerja amal yang sedang dijalankannya sebelum ini.
”Sekarang banyak ibu buat kerja-kerja amal, ibu lebih redha. Ibu menggembirakan orang. Orang datang ambil ibu hantar ibu tempat pernginapan dan makan lepas itu orang beri token. Itupun Alhamdulillah, sebabnya kita tahu itu token.
”Yang pentingnya, kita tahu kita dapat gembirakan orang daripada kita bekerja sungguh-sungguh tapi orang ‘kapur’ duit kita. Tapi tak apalah, orang kata ambillah, harta dunia. Tak akan kemana perginya” katanya lagi.
Beliau turut berkesempatan untuk berkongsi penghargaannya kepada peminat-peminat yang mendokan kesihatannya selama ini.
”Jutaan terima kasih pada semua walaupun tidak dapat datang tengok ibu, doakan ibu dah jutaan rahmat, Alhamdulillah. Ibu tahu, bukan semuanya dekat, bukan semuanya ada masa, sebab ibu sendiri mengalami kalau kawan-kawan ibu sakit, ibu tak ada pengangkutan, ibu nak pergi dengan apa macam mana nak tengok.
”Hanya Allah yang tahu hati macam mana nak tengok kawan-kawan sehingga kawan yang betul-betul baik ibu nak pergi ziarah tak dapat tapi kita kena ingat kita hadiahkan, bukan sedekah, kita hadiahkan Al-Fatihah. Itu lebih sampai dan lebih baik. Apa pun terima kasih,” katanya.
Melalui entry yang dimuat naik bersama-sama dengan video tersebut, Ratu Naga berharap perkongsian yang dibuatnya dapat membuka mata semua pihak mengenai keadaan yang dihadapi oleh pelakon veteran seperti Wan Maimunah.
”Saya paling tidak minat bila kala artis-artis tanah air kita yang sungguh berbakat macam P.Ramlee yang diangkat ketika beliau telah tiada, segala pingat serta segala pujian hanya diberi ketika nyawa beliau dah terpisah dari badan. Apa guna masa dah tak ada baru nak bagi Tan Sri bagai, sedangkan masa hidup beliau derita dan tak siapa kisah.
”Pesanan saya, tolong hargai jasa dan bakat mereka kerana mereka lah banyak bagi kesan dalam kehidupan seharian kita melalui hasil lakonan mereka. Apa kata mulai hari ini, kita ubah untuk menghargai mereka selagi mereka hidup bukan ketika sudah tiada,” katanya.
Siapa tak kenal dengan pelakon handalan yang kaya dengan lakonan yang mampu beri kesan pada masyarakat kita iaitu ibu Wan Maimunah? Di sini saya ada bawa pesanan beliau buat peminat beliau. Lepas pesanan beliau adalah rakaman lawatan kami berjumpa beliau diisi dengan kegembiraan dan gelak tawa serta air mata. Berapa hari lepas saya terima whatapp dari hp ibu Wan Maimunah mengatakan beliau telah masuk ke hospital. Kebetulan ketika itu saya ada mesyuarat ke esokkan harinya di Melaka dan habis mesyuarat saya pergi melawat ibu di hospital Alor Gajah. Kes ibu Wan Maimunah ini pernah saya perjuangkan 2 tahun dulu ketika ibu pernah jatuh sakit dan tiada badan khas untuk artis serta karyawan boleh bantu beliau ketika uzur. Namun ketika itu siapa nak dengar suara saya? Saya paling tidak minat bila kala artis-artis tanah air kita yang sungguh berbakat macam P.Ramlee yang diangkat ketika beliau telah tiada, segala pingat serta segala pujian hanya diberi ketika nyawa beliau dah terpisah dari badan. Apa guna masa dah tak ada baru nak bagi Tan Sri bagai, sedangkan masa hidup belia derita dan tak siapa kisah. Jadi sama lah setakat yang saya kenali, tak ramai tapi setakat saya tahu. Saya tak nak kisah sedih pelbagai artis berbakat tanah air kita dilupai ketika mereka berperang dengan kehidupan serta kesusahan dan di mulia bila tiada. Ni sebab ibu Wan Maimunah ada no saya, apa jadi yang ramai di luar sana pun turut dilupakan? Sebab itu saya sentiasa bawa kes karyawan di negara kita. Sebab mereka ini golongan yang berisiko sebab tak akan ada pencen mahu pun insuran. Yang artis baru tu kira ok lagi lah mereka ada pelbagai perhatian. Tapi bagaimana nasib artis vetran kita? Bayaran pun dapat murah, apatah lagi miliki kewangan kukuh. Pesanan saya, tolong hargai jasa dan bakat mereka kerana mereka lah banyak bagi kesan dalam kehidupan seharian kita memalui hasil lakonan mereka. Apa kata mulai hari ini, kita ubah untuk menghargai mereka selagi mereka hidup bukan ketika sudah tiada. Ini baru berapa kes yang saya tahu, yang saya tak tahu. Entah macam mana pulaMohon pihak media bantu untuk menceritakan nasib artis vetran tanah air kita. Tanpa anda, siapa lah mereka. Mohon pihak yang baik hati tampil lah bantu ibu Wan Maimunah ni serta jika ada artis senasib juga bantu lah sama. Sekian terima kasih
Posted by Ratu Naga on Monday, August 13, 2018
Sumber : Ratu Naga