Siakap Keli

Selepas Lombok, Gempa Bumi 5.5 Skala Ritcher Gegar Sumatera Utara

Menurut laporan, gempa bumi berukuran 5.5 pada Skala Richter menggegarkan provinsi Pulau Sumatera Utara pagi ini.

Berdasarkan data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku 10.20 pagi waktu Indonesia Barat.

Pusat gempa itu berlaku perairan Teluk Dalam di kedalaman 10 kilometer, iaitu 65 kilometer dari Tenggara Nias Selatan. Menurut BMKG, gempa itu tidak berpotensi tsunami.

Setakat ini belum terdapat maklumat berkenaan kesan gempa bumi itu terhadap penduduk di sekitar Pekan Baru dan Padang di Pulau Sumatera itu.

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di