Siakap Keli

(Video)Bunyi Dentuman Kuat Dan Cahaya Terang Di Kota Belud Selama Lima Saat Akibat Hentaman Meteor?

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan, penduduk di Kota Belud dikatakan gempar dengan bunyi detuman kuat leat malam semalam.

Malah portal berita yang sama melaporkan bahawa detuman kuat dan cahaya terang selama 5 saat itu turut didengari sehingga Tuaran dan Kota Kinabalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.35 malam tadi dikatakan telah menyebabkan penduduk tempatan membuat andaian, dengan ada yang berpendapat bahawa detuman itu berlaku akibat hentaman meteor.

Bagaimanapun hingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, Jabatan Meteorologi Malaysia berhubung dakwaan tersebut.

Gambar : Yuhanis Azam

Walapun begitu, berita-berita mengenai dakwaan hentaman meteor tersebut telahpun tular di media sosial dengan ada inividu yang berkongsi rakaman yang didakwa meteor sebelum terhempas ke bumi. Bagaimanapun, rakaman tersebut tidak dapat disahihkan.

Manakala dalam satu laporan portal berita tempatan berasingan, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud dikatakan tidak menolak kemungkinan bunyi detuman kuat tersebut berpunca daripada hentaman meteor, namun pihaknya masih menyiasat kejadian itu.

Portal berita itu turut melaporkan bahawa bunyi kuat tersebut bukan berpunca daripada aktiviti gempa bumi dan tiada kejadian ribut petir dilaporkan berlaku semalam.

Bagaimanapun, ada juga pihak berpendapat bahawa bunyi detuman kuat itu berpunca daripada latihan ketenteraan membabitkan angkatan tentera luar dengan Angkatan Tentera Malaysia di Kem Paradise, Kota Belud.

Berikut adalah rakaman video didakwa meteorit yang terhempas di Sabah, namun tidak dapat disahihkan.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.