Siakap Keli

“Esok Nak Raya, Suruh Ayah Mai Jual Kerepek,” Video Tular Lelaki Uzur Jual Kerepek Buat Netizen Geram

Sedang seluruh umat Islam bersiap sedia untuk menyambut kehadiran Aidiladha hari ini, media sosial telah dikejutkan dengan dua video yang tular sejak petang Selasa 21 Ogos 2018. Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir yang mendakwa seorang lelaki dan dua orang wanita meninggalkan ayahnya di sebuah restoran untuk menjual kerepek sehari sebelum hari raya Aidiladha di kawasan sekitar Jitra, Kedah.

Video itu mendapat kecaman dari pelbagai pihak dan tidak kurang juga yang mengalirkan air mata melihat seorang lelaki tua yang berjalan menggunakan tongkat didakwa disuruh oleh anaknya untuk menjual kerepek di restoran-restoran berdekatan. Berikut adalah kenyataan Suhaida yang dipetik dari laman Facebook beliau.

Allahuakhbar depan mata aku. Gamak anak buat mcm ni. Esok nak raya hantaq ayah suruh mai jual kerepek. Ayah kalau sihat xpa. Naseb hang pompuan oi aku xdan nak rekod muka hang!

Depan mata aku pakcik ni nak tersembam. cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Teruih ayaq mata berderai…bila tanya dah makan ka belum, dia jawab dak lagi, lapaq.

Anak ada sorang, Cucu sorang, Menantu sorang. Semua sihat belaka lagi.. yang mai hantaq org tua ni pasal apa? Dengan keadaan dia mcm ni, dia kena rehat. Tambah tambah esok nak raya.

Salah satu punca rezeki sempit adalah layanan anak kepada org tuanya. Nasihat untuk diri aku juga. Ya Allah mama abah.

Selepas beberapa jam video itu tular, ada seorang wanita yang mendakwa dirinya anak kepada pak cik tersebut telah memuatnaik status menerusi Facebook group Penduduk Alor Setar/Jitra yang mengatakan ingin mencari wanita yang menularkan video ayahnya dan turut mendakwa Suhaida telah menularkan berita palsu tentang ayahnya itu. Status itu juga turut diserang netizen dengan pelbagai kecaman dan tomahan atas tindakan meninggalkan ayahnya yang uzur itu.

Suhaida juga turut memuatnaik satu perbualan menerusi Facebook Messenger dengan seorang lelaki yang memberikan maklumat penuh orang tua tersebut yang dikatakan diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penulis tidak dapat memastikan kesahihan maklumat itu dan maklumat itu sulit untuk disiarkan di laman web Siakap Keli.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)