Siakap Keli

Ibu ‘Stress’ Faraj Anak ‘Dikorek’ Kawan Pra-Sekolah

Sebelum ini kami pernah kongsikan kisah kanak-kanak yang diajak melakukan hubungan kelamin dengan rakan-rakannya yang lain.  Apa yang mengejutkan adalah, mereka ini baru berusia 8 tahun.  Ibu yang bimbang dengan aduan anak cuba untuk mencari tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi dan sedaya-upaya memerhati segala tingkah laku anak selepas ini.

Baca: ”Dia Tarik Abang Pergi Belakang, Ajak Main Rogol-Rogol” Ibu Terkejut Pendedahan Anak Lelakinya Darjah Dua

Namun, kisah tersebut tidak habis sampai di situ.  Kali ini, perkara yang lebih kurang sama berlaku tetapi terjadi kepada kanak-kanak 6 tahun yang dipercayai kelaminnya ‘dikorek’ rakan sebaya ketika di pra-sekolah.  Aduan diterima ibu mangsa yang memaklumkan bahagian bawahnya sakit kerana dimasukkan sesuatu oleh kawan di sekolah.  Bayangkanlah seawal 6 tahun perkara ini terjadi.  Dimana silapnya?

Perkongsian Puan Zeeda Aziz ini diharap dapat membuka mata ibu bapa dan guru di sekolah untuk membendung masalah ini serta mendidik tentang sentuhan intimasi yang tidak sepatutnya berlaku seawal usia kanak-kanak ini.  Semoga bermanfaat.

Saya tidak mahu post ini viral. Biarlah kekal di sini kerana ianya mungkin tak mampu mengubah pemikiran kita terhadap gangguan seksual terhadap anak².

Semakin hari semakin banyak aduan diterima, entah bila akan berakhir.

Kes terbaru ini melibatkan murid pra-sekolah yang berusia 6 tahun. Rakan sebaya bermain ‘cucuk’ dan ‘korek’ faraj kawan mereka di dalam premis tadika.

Permainan korek dan cucuk ini melukakan alat kelamin anak. Itu yang si ibu dapat tahu anaknya telah dicabul.

Si ibu sudah bersemuka dengan guru dan juga pelaku. Budak 6 tahun ni tak tahu pun apa yang dia buat tu salah. Main² je pun.

Tuan puan…

Kita ni dah kenapa? Berhentilah memberi akses internet tanpa limit kepada anak-anak. Anda bangga ke kalau anak jadi penjenayah seksual?
Seawal 6 tahun dah mula mencabul, tak mustahil bila penis dah boleh tegang, mereka menjadi perogol.

Ajar anak tentang sentuhan selamat dan tidak seawal mungkin. Jika anak cukup ilmunya, InsyaAllah perkara sebegini dapat dielakkan.

Sumber: Zeeda Aziz

Nur Farra