Siakap Keli

”Dia Tarik Abang Pergi Belakang, Ajak Main Rogol-Rogol” Ibu Terkejut Pendedahan Anak Lelakinya Darjah Dua

Bahaya pedofil dan serangan seksual kanak-kanak bukan lagi isu baru yang diperkatakan. Seringkali pelakunya adalah oleh orang dewasa, tapi percayakah anda  gejala yang tidak bermoral ini semakin ‘advanced’ apabila dilakukan oleh rakan sebaya kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak menjadi mangsa kepada kanak-kanak lain?

Ya. Ini merupakan perkongsian oleh seorang ibu yang buntu dan terkejut apabila dia tidak tahu apa yang boleh dilakukan bila anak lelakinya yang berusia 8 tahun mengadu menjadi mangsa seksual rakan-rakan. Diajak melakukan hubungan kelamin dan rakannya itu sudah melakukan ‘aksi’ itu dengan beberapa rakan yang lain. Parah!

Terkelu. Tidak tahu bagaimana ingin memberikan reaksi. Bayangkan sekecil ini sudah terdedah dengan gejala tidak sihat, bimbang bagaimana mereka boleh hanyut jika hanya sekilas ibu bapa terlepas pandang. Moga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana. Didikan yang bermula di rumah penting, agar mereka tahu mana perbuatan yang betul atau salah.

Oleh kerana saya tidak boleh kongsikan video yang dirakam, disini saya sediakan transkrip supaya anda tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebuah sekolah rendah.

Ini adalah transkrip perbualan di antara Mama (ibu) dan Abang (anak/murid darjah 2)

Abang: “Dia tarik abang pergi tandas belakang. Tandas perempuan kat belakang. Dia ajak abang pergi main rogol-rogol.”

Mama: “Main rogol-rogol? Rogol yang macam mana?”

Abang: “Dia tarik abang! Dia kata jom la wey. Dia kata nak pergi kencing. Tapi abang kata abang nak basuh muka je. Dia kata jom la jom la.”

Mama: “Pastu?”

Abang: “Pastu abang marah la dia. Abang kata, nak bagitau mak, abang kata macam tu.”

Mama: “Siapa lagi yang buat macam tu? Dia ada buat kat siapa lagi?”

Abang: “Dia buat kat abang je la.Tapi ada kawan abang nama A, dia ajak orang lain main rogol-rogol.

Ada budak lelaki ni dia suruh baring. Darjah dua juga. Dia rogol kawan abang. Dua-dua ni satu kelas dengan abang.”

Mama: “Esok mama jumpa cikgu awak.”

Abang: “Tak payah!!! Abang dah bagitau cikgu, cikgu diam je! Tak pukul pun dia.

Abang dah bagitau Cikgu E,… macam-macam cikgulah! Ustaz M, dah bagitau Cikgu N Sains, lepas tu bagitau Cikgu F. Cikgu F lempang dia kuat2 haritu!

Mama tolong pergi sekolah jumpa budak tu.”

Mama: “Esok mama pergi jumpa budak tu.”

Nah tuan puan. Budak darjah dua sekarang ni tidak lagi main aci ligan atau baling kasut macam kita dulu. Mereka sudah advance. Permainan mereka, rogol-rogol di tandas.

Mujurlah puan mama ni dah didik anaknya untuk mengenali apa yang salah, dan apa yang betul. Dari riak muka anak ni, dia betul2 marah dengan ajakan kawannya.

Tahniah mama kerana berjaya mendidik abang dengan baik. Dia tahu melindungi diri dia dari gangguan seksual.

Cuba bayangkan jika si anak ni tak pernah diajar maksud rogol. Kawan ajak main, mau je mengikut tu.

Mereka baru darjah dua ni tuan puan. Umur 8 tahun dah mula cuba lakukan hubungan kelamin melalui apa yang mereka lihat melalui internet. Manalah mereka tahu itu salah kalau kita sendiri malu nak mengajar.

Beginilah. Kalau malu nak ajar, marilah saya terangkan kepada mereka. Siap dengan akta lagi supaya mereka tahu main rogol-rogol tu boleh dipenjarakan 20 tahun dan dikenakan 10 kali sebatan.

Kenapa kita boleh ajar anak kita cara melintas jalan yang betul dan selamat. Tengok kanan tengok kiri tengok kanan lagi. Tetapi apabila ianya melibatkan maruah, masa depan dan keselamatan mereka, ancaman jenayah seksual tu dipandang ringan sahaja.

“Nanti dah besar diorg tahu sendiri.”

Mudahnya menjaga anak. Macam campak benih pokok. Pandai-pandailah nak hidup.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi begini, saya nasihatkan anda untuk membuat laporan bertulis di pejabat sekolah. Kemudian cuba berbincang dengan guru disiplin, HEM, kaunselor dan guru besar. Minta pihak sekolah terangkan cara bagaimana mereka mengendalikan kes-kes begini.

Para guru janganlah diam sahaja. Ini perkara serius. Maruah kita ada pada anak-anak ini. Bayangkanlah sekiranya mereka melampaui batas, melakukan kerja terkutuk dan ditangkap. Nama sekolah akan terpalit busuk sama.

Tugas saya media sosial ini adalah sekadar mengingatkan dari semasa ke semasa tentang bahaya pedofil dan serangan seksual terhadap kanak-kanak. Tugas kalian sebagai guru adalah untuk sentiasa bersedia mengesan kelakuan yang tidak bermoral yang berlaku di kawasan sekolah.

Tugas ibubapa pula ialah mengajar anak-anak tentang jenis jenayah yang ada di Malaysia termasuklah jenayah seksual kanak-kanak. Dengan ilmu, mereka mampu menjaga diri mereka dengan baik, walaupun kita tiada bersama mereka.

Kalau kamu rasa yang anak kamu tak akan ada masalah, mohon fikir semula. Pengaruh rakan sebaya lebih kuat tarikannya berbanding ibubapa. Ajarlah anak kamu ilmu yang penting ini sebelum mereka diajar oleh orang lain yang berniat jahat.

Sumber : Zeeda Aziz

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di