Niat seorang lelaki untuk menyelamatkan seekor kucing yang berada di kawasan berair bertukar menjadi aksi kejar mengejar apabila haiwan itu didakwa enggan memberikan kerjasama.
Gelagat si bulus berkenaan mencuit hati pengguna media sosial selepas video kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun Threads, @a.royyyy__, sehingga meraih lebih 119,000 tontonan.
Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat berusaha mendapatkan kucing berkenaan yang berada di dalam air berhampiran sebuah tembok.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan haiwan itu tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila kucing berkenaan terus menjauhkan diri setiap kali lelaki terbabit cuba mendekatinya.
Keadaan itu menjadikan situasi berkenaan seolah olah satu operasi menyelamat yang terpaksa berdepan dengan ‘mangsa’ yang enggan memberikan kerjasama.
Menerusi kapsyen berseloroh, pemilik video turut menggambarkan kejadian itu sebagai satu insiden kejar mengejar di kawasan PERDA.
“Ada kes kejar mengejar di PERDA. Mangsa tidak mahu diselamatkan,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, rata rata pengguna media sosial turut terhibur dengan gelagat kucing berkenaan, malah ada yang berseloroh mengenai tindakan haiwan itu yang seakan akan tidak mahu diselamatkan.
“Rasanya baru hendak menenangkan fikiran, datang pula orang mengganggu dan mengejar,” komen pensil_kayu96.
“Bang, orang kata kucing ada sembilan nyawa, abang pula cuma ada satu. Nanti abang pula yang tercungap cungap,” seloroh takenehatyoulove.
“Tersedak aku baca ayat ‘tidak mahu diselamatkan’,” komen xyllx21.
“Dah lari sampai mana agaknya abang ini,” tulis aisyahhizzati.
“Jenis yang memang suka mengelak,” seloroh uncle_cax.
“Sepatutnya letak lagu ‘Berlari Berkejar, Seindah Bunga Di Taman’,” komen hazynight66.

