Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Niat Murni Bantu Kucing, Lelaki Ini Terima ‘Hadiah’ Tak Dijangka

hadiah
Kredit: Threads farhanjaafar_
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Niat seorang lelaki untuk membantu seekor kucing yang berada dalam keadaan cemas bertukar menjadi detik mencuit hati apabila tangannya terkena najis haiwan itu ketika cuba menyelamatkannya daripada terjatuh.

Iklan

Kejadian tersebut dikongsikan menerusi akaun Threads @farhanjaafar_ dan mengundang perhatian pengguna media sosial selepas rakaman berkenaan memaparkan gelagat seekor kucing yang dipercayai ketakutan akibat diganggu seekor kucing oren atau lebih dikenali sebagai si oyen.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat cuba menyambut kucing yang berada di tempat tinggi bagi mengelakkannya daripada terjatuh.

Kredit: Threads farhanjaafar_

Bagaimanapun, ketika cuba memberikan bantuan, kucing berkenaan secara tiba tiba membuang najis sehingga terkena tangan lelaki itu.

Situasi spontan tersebut membuatkan lelaki berkenaan turut ketawa sambil berseloroh mengenai nasib yang menimpanya.

“Niat yang baik dibalas tahi rupanya,” katanya dalam rakaman berkenaan.

Pemilik akaun itu turut mengaitkan kejadian tersebut dengan satu ungkapan yang sering digunakan apabila kebaikan tidak mendapat balasan seperti diharapkan.

“Bak kata orang, baik berpada pada,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan kejadian tidak dijangka itu. Namun, ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila kucing berada dalam keadaan terlalu takut.

Meninjau ruangan komen, pengguna Threads @kasihzuhayrah berkata, kucing yang ketakutan juga boleh membuang najis secara spontan.

“Dia takut sangat sampai terberak. Kucing saya pun terberak sebab diserang kucing jiran,” katanya.

Sementara itu, @ctvly turut menjelaskan bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku apabila kucing mengalami ketakutan.

“Biasanya kalau kucing ketakutan, memang akan terberak atau terkencing,” responsnya.

Seorang lagi pengguna, @faezrozi_, pula berseloroh mengenai kemungkinan reaksi lelaki itu selepas terkena najis berkenaan.

“Lepas kena tahi, ‘lantak engkau, jatuh pun ada sembilan nyawa kan’,” selorohnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna turut mengaitkan kejadian tersebut dengan tugas anggota bomba yang sering membantu menyelamatkan kucing.

“Baru aku faham kenapa ada bomba selamatkan kucing,” tulisnya.

Komen berkenaan mendapat perhatian @zar.niz.jo yang menyifatkan persoalan itu akhirnya terjawab menerusi kejadian tersebut.

Tidak ketinggalan, @alynnmarchesa turut berseloroh dengan menyamakan situasi berkenaan sebagai satu contoh perbuatan baik yang menerima balasan di luar jangkaan.

“Ini definisi buat baik dibalas tahi,” katanya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang lelaki terkena najis ketika cuba menyelamatkan kucing daripada terjatuh.
  • Kucing itu dipercayai ketakutan selepas diganggu seekor kucing oren dalam rakaman berkenaan.
  • Netizen terhibur, manakala beberapa pengguna berkongsi pengalaman kucing membuang najis ketika ketakutan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan